Anda pengunjung blog ke :

Isnin, 29 Jun 2009

Hari Yang Bosan, tapi...


Huwaaaarrrrghhhhhh!!!!!!!! Bosannye hari ni (sambil mengeliat)..
Nak keluar berjalan...fulus xde.. Nak study lak..apa kejadahnya....
Akhirnya aku membongkar sume CD installer ntah hape2 yang aku ade...
Tiba-tiba aku terjumpa..... (sound effect ipin terjumpa ayam goreng)..

Satu software untuk buat grafik animasi...

Software : Ulead GIF Animator
Version : 3
Year : 1998
Function : Drag and drop composition tool for creating web animations.

Haaa...sebenarnya software ni dah tersangat la lama...
Tapi baru hari ni aku tergerak nak explore.
Alhamdulillah..dalam keadaan kebosanan akhirnya ada la xtvt yang bermanfaat..

Nak mereka grafik beranimasi ni x susah sebenarnya..
  1. Anda cuma perlu mengumpulkan seberapa banyak gambar yang berturutan.
  2. Susun gambar-gambar itu mengikut turutan (sequence) yang logik.
  3. Edit bahagian masa delay bagi setiap gambar.
  4. Dan apabila dimainkan..ia akan menghasilkan sebuah animasi yang nampak mcm bergerak2..
  5. Hakikatnya gambar-gambar 2 je yg berubah-ubah...
  6. Fuh, ntah ade org faham ke x ni...

Kat bawah ni merupakan antara hasil-hasil karya aku...
Penat jugak la aku lukis guna MS Word dgn Paint...
Nampak macam buruk.. tapi 2 la yang aku baru belajar dan cukup memuaskan hati sendiri stakat ni.

Animasi perkataan



Animasi grafik

Stakat ni sahaja perkongsian kita pada hari ini...
Aku nak explore software lain pulak...
Chiaow!!!


Ahad, 28 Jun 2009

Marhaban Ya Rajjab

Assalamualaikum pembaca..

Sedar x sedar, hari ni dah masuk 6 Rejab 1430 Hijrah dah (dikira 6 hb sbb dah lps Maghrib) kan!! Tahu x anda, dalam bulan Rejab kita memang sangat digalakkan berpuasa.. Rasulullah s.a.w. banyak menceritakan (dgn bhs yg lebih elok : bersabda) mengenai ganjaran berpuasa di bulan Rejab. Antaranya..

  1. Puasa 1 hari = Puasa 40 tahun, diberi minum air dari syurga, seperti beribadat seumur hidup.
  2. Puasa 3 hari = Dijadikan parit yg panjang yang menghalang ke neraka (panjang : setahun perjalanan)
  3. Puasa 4 hari = Diafiatkan drpd bala dan penyakit yg besar, dan drpd fitnah dajal pada hari kiamat.
  4. Puasa 5 hari = Aman dari azab kubur.
  5. Puasa 6 hari = Keluar drpd kubur dgn muka bercahaya.
  6. Puasa 7 hari = Ditutup drpdnya 7 pntu neraka.
  7. Puasa 8 hari = Dibuka baginya 8 pintu syurga.
  8. Puasa 10 hari = Dijadikan 2 sayap yg boleh terbang sprt kilat di atas titian Sirotolmustaqim pada hari kiamat dan Allah sediakan hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu.
  9. Puasa 15 hari = Seperti berpuasa 100, 000 tahun.
  10. Puasa 16 hari = Dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan menjadi org pertama menziarah Allah di dalam syurga.
  11. Puasa 19 hari = Akan dibinakan mahligai di hadapan mahligai nabi Ibrahim dan nabi Adam.
  12. Puasa 20 hari = Diampunkan segala dosanya yang telah lalu.


Agak-agaknya lah kan...
Berapa hari kita nak tetapkan sasaran untuk berpuasa di bulan Rejab ni???
Adakah 1 hari shj? 2 hari? 3 hari? 10 hari? atau puasa sahaja tanpa kira hari??

Semua tu terpulang pada diri kita sendiri.. Sejauh mana keikhlasan dan kesungguhan kita..
Anggaplah ganjaran-ganjaran di atas tadi sebagai satu motivasi kpd kita untuk terus mengabdikan diri kpd Allah.

Tapi ingat !!! Berpuasa bukan kerana ganjaran, bukan kerana jimat duit, bukan juga kerana nak turunkan berat badan.

Tetapi berpuasalah kerana Allah (Lillahi taala).
InsyAllah anda akan rasa lebih berbaloi dan seterusnya diberikan pahala yang setimpal.

Akhir kata...JOM PUASA!!!


P/s : Di sedut dan digarap dari risalah PERMATA edisi 49/2009.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka