Dengan hanya memaparkan sebuah illustrasi, cukuplah bagi saya untuk membentangkan refleksi kendiri pada hari ini, iaitu hari pertama perkuliahan, di tahun akhir pengajian saya di IPG KTI pada tahun 2011.
Pagi (seusai sahaja perhimpunan), 3 Januari 2011..Waaaahh...seronoknya dah jadi siswa guru yang paling senior tahun ni..!
Tak sangka dah 4.5 tahun belajar kat sini.
Dah 2 bulan cuti, macam mana agaknya kelas kita ya??
Breaking news:
Ira a.k.a PKO : Kelas kita dah kena amek orang..=(
Hazwan a.k.a future KO : Kita dapat kelas baru, KAB 3.
KAB 3?? Tak pernah dengar pun nama kelas tu!! Jeng3...
Nebes2..kelas apa ni?
Kegelisahan kami tentang KAB3 terjawab bilamana kelas tersebut adalah..
Tersebutlah kisah kelas untuk pelajar tahun akhir pengajian Matematik iaitu sebuah kabin yang dilengkapi 2 buah alat penghawa dingin. Kenapa kami tak layak dapat kelas di blok D seperti tahun yang sudah ya?? Hurm..
(tak nak komen panjang2 pasal kabin mahupun mempersoal nasib pelajar tahun akhir pengajian Matematik)
Apa-apa pun, kesyukuran sahaja kami mampu panjatkan kerana masih mendapat tempat untuk belajar di sini. Tahniah kepada pihak pengurusan kerana bijak mengimbangi kekurangan dan kemudahan di kabin baru kami. =)
2.00 Petang, 3 Januari 2011..-Gunakan latar muzik lagu hujan dendangan Allahyarham Sudirman untuk pembacaan yang berkesan-
Hujan renyai-renyai dan kelihatan dua buah kereta sedan yang memarkir di kawasan tepi asrama wanita (blok dirahsiakan)
Tiba-tiba kami di sapa oleh seorang wanita berkalung tudung.
Tak berapa ingat sangat dialog dia, tapi lebih kurang macam ni lah.
"You all tau tak kat sini tak boleh parking?"
-terpinga-pinga-
"sini kawasan parking untuk staff, pergi parking tempat lain"
-baiklah, maaf-
-setelah memakir kenderaan di kawasan selamat-
-A & H ditahan wanita berkalung tudung tadi dengan menaiki kereta, nampaknya beliau masih belum puas.-
"sebelum ni you belajar kat mana?"
-blok lama, jawab A dan H-
"you tau tak sini tak boleh parking?"
-tak tahu-
"sini kawasan untuk parking staff sahaja"
" you student you cari parking kat tempat lain"
-ok, terima kasih-
-dan mungkin beliau sudah puas menunjuk kuasa, lantas beliau meinggalkan kami yang sedang kebasahan dalam hujan.
A & H masuk ke kelas dan bersalaman dengan pensyarah tanda meminta maaf kerana lewat.
_______________________________________
Begitulah kisah, mereka yang pantang diberi sedikit kuasa oleh tuhan.
Tidak puas menegur sekali.
Mungkin 2, 3, @ 4 kali baru cukup untuk menunujukkan kuasa mereka.
Biarlah..apa-apa pun..
Tak kira pangkat, kuasa, harta, jantina, usia, semua pasti akan kembali semula menemui pencipta dan bersemadi dalam tanahNYA.
Oleh itu, pada hemat saya..
Tegur sekali pun sudah cukup jika niat untuk membetulkan.
Tapi bagaimana jika menegur berkali-kali pada masa yang sama?
Apakah niatnya?
Anda jawablah sendiri...
- Yang penting, bila kena tegur, kita mesti..
1) Dengar
2) Senyum
3) Minta maaf
4) Ucapkan terima kasih
5) Dan blah! (X), Dan pergi dengan sopan (/)
P/s : baru je mula belajar subjek Bimbingan dan Kaunseling. Tak sabar untuk meneroka ilmu yang seterusnya. =)
Oh ya, nasib baik saya tak terpijak ulat bulu tadi
sbb dia terlalu comel untuk dipijak.