Resepi Mudah Steamboat
1. Tumis bawang dicincang halus + bawang besar dimayang.
2. Masukkan air
3. Masukkan kiub ayam 2 ketul.
4. Imbangkan rasa dengan garam.
5. Masukkan dalam periuk nasi untuk kekal panas. Saya tak ada alat setamboat.
6. Celup bahan2 steamboat.
7. Makan.
Anda pengunjung blog ke :
Selasa, 14 Februari 2017
Sabtu, 22 Ogos 2015
MUAT TURUN BORANG SPBTG
Selamat Datang Ke Unit SPBT SK (LKTP) Tenggaroh 7, Mersing, Johor!
Borang SPBTG ini telah diambil dari laman web SK Gombak Setia. Terima kasih. Kemudian telah diubahsuai mengikut buku SPBT terkini dari tahun 2016.
Borang SPBTG Tahun 1
Borang SPBTG Tahun 2
Borang SPBTG Tahun 3
Borang SPBTG Tahun 4
Borang SPBTG Tahun 5
Borang SPBTG Tahun 6
Borang SPBTG ini telah diambil dari laman web SK Gombak Setia. Terima kasih. Kemudian telah diubahsuai mengikut buku SPBT terkini dari tahun 2016.
Borang SPBTG Tahun 1
Borang SPBTG Tahun 2
Borang SPBTG Tahun 3
Borang SPBTG Tahun 4
Borang SPBTG Tahun 5
Borang SPBTG Tahun 6
Selasa, 4 Februari 2014
Ahad, 1 September 2013
Lahirnya Seorang Puteri
Nama : Nurhana Humairah binti Mohd Hafiz
Tarikh Lahir : 27 Mac 2013 (rabu)
Tempat lahir : Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
Masa : 10.51 pagi
Jumaat, 8 Mac 2013
Cara Membuat Selusuh Air
Assalamualaikum... Selamat berhujung minggu buat semua.
Pada hari ini saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan khas untuk ibu yang bakal melahirkan anak. Para bapa juga boleh baca dan ambil tahu.
Sebelum ni tengok akak-akak saya yang nak bersalin mesti cari air selusuh, minyak selusuh, telur ayam kampung dan sebagainya. Tapi saya tak pernah tanya kenapa dan untuk buat apa. Biasalah, tak ada kepentingan buat apa saya sibuk-sibuk nak tanyakan? Huhu..
Tapi sekarang, saya kenalah ambil tahu hal-hal sebegini kerana saya juga telah mula memerlukannya.
Selusuh merupakan satu ikhtiar untuk memudahkan proses kelahiran. Amalan menggunakan selusuh sebaik-baiknya menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa tertentu dengan memohon kepada Allah agar kita diberikan kekuatan sepanjang proses kelahiran. Ayat-ayat dan doa-doa terpilih berkenaan boleh dibacakan sama ada pada air, minyak, buah kurma dan sebagainya.
Cara membuat sendiri selusuh air :
Sekian, selamat menyediakan air selusuh sendiri dan sentiasalah berdoa kepada Allah moga segala urusan dipermudah olehNya. InsyAllah.
Sumber Pembacaan : Majalah Pa & Ma Edisi Mac 2013
Pada hari ini saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan khas untuk ibu yang bakal melahirkan anak. Para bapa juga boleh baca dan ambil tahu.
Sebelum ni tengok akak-akak saya yang nak bersalin mesti cari air selusuh, minyak selusuh, telur ayam kampung dan sebagainya. Tapi saya tak pernah tanya kenapa dan untuk buat apa. Biasalah, tak ada kepentingan buat apa saya sibuk-sibuk nak tanyakan? Huhu..
Tapi sekarang, saya kenalah ambil tahu hal-hal sebegini kerana saya juga telah mula memerlukannya.
Selusuh merupakan satu ikhtiar untuk memudahkan proses kelahiran. Amalan menggunakan selusuh sebaik-baiknya menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa tertentu dengan memohon kepada Allah agar kita diberikan kekuatan sepanjang proses kelahiran. Ayat-ayat dan doa-doa terpilih berkenaan boleh dibacakan sama ada pada air, minyak, buah kurma dan sebagainya.
Cara membuat sendiri selusuh air :
- Menyediakan air kosong (sebaik-baiknya air zam-zam). Minyak kelapa juga boleh digunakan.
- Air tersebut dibacakan surah Al-fatihah.
- Dibacakan selawat Syifa'.
- Dibacakan surah al-Hasyr ayat 21-24.
- Dibacakan doa selusuh : "Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak yang diturunkan kepadanya surah Maryam ringankanlah daripadanya (nama penuh isteri) penderitaan bersalin, dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang mengasihani dari segala-galanya."
- Dibacakan doa dipermudahkan :"Tuhanku, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang Maha Memudahkan segala yang susah adalah mudah bagiMu. Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan rahmatMu, ya Arhamar Rahimin."
- Nota kaki : air selusuh yang terbaik adalah disediakan oleh suami anda sendiri. (^_^)
Sekian, selamat menyediakan air selusuh sendiri dan sentiasalah berdoa kepada Allah moga segala urusan dipermudah olehNya. InsyAllah.
Sumber Pembacaan : Majalah Pa & Ma Edisi Mac 2013
Khamis, 7 Mac 2013
Entri Untuk Suami : Sanah Helwah ya Jamil
Entri hari ini merupakan ucapan khas untuk suami saya, Mohd Hafiz Bin Mohd Sabri bersempena dengan hari kelahirannya yang ke-25 tahun pada hari ini, 7 Mac 2013 bersamaan 25 Rabiulakhir 1434 H.
Doa saya semoga beliau dipanjangkan umur untuk terus beriman dan beramal, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, sentiasa menjadi suami yang romantik dan terbaik di hati saya, menjadi anak yang berguna kepada ibu bapa dan ahli keluarga, menjadi guru yang disegani oleh murid-muridnya serta menjadi ayah yang mithali kepada anak-anaknya. Amin... (^_^)
Antara gambar beliau yang berjaya digodam oleh saya.
Maafkan diri ini kerana telah mengambil gambar tanpa permit. huhu...
Zaman Kecil
Zaman SMKA Slim River (2001-2005)
Zaman IPG Kampus Ipoh (2006-2011)
Konvokesyen 2012
Zaman Penamatan Era Bujang (27 Mei 2012)
2013
SELAMAT HARI LAHIR SUAMIKU.
Semoga dengan pertambahan usia ini dapat meningkatkan lagi peluang untuk terus beramal dan berbakti di dunia untuk bekalan akhirat kelak. InsyAllah...
*Sedang menanti hadiah hari lahir untuk beliau dengan penuh debaran diiringi doa dan tawakal. Semoga Allah mempermudah segala urusan. Amin.*
Sahabat
Sahabat...
Sahabat itu teman...
Teman di kala kesedihan,
Tempat berkongi luahan,
Sumber meminta bantuan.
Adakala..
Gelagatnya memeningkan,
Rajuknya di luar jangkaan,
Senyumannya menceriakan keadaan.
Kini, sahabatku telah dewasa,
Menjadi pendidik di seluruh pelusuk Bumi Kenyalang,
Kematangan asas cerminan,
Bukan lagi anak hingusan.
Ada yang sudah berteman,
Ada yang sedang mengusung kandungan,
Ada yang bakal menamatkan zaman bujang,
Walau apa pun status, walau jarak jadi ukuran,
Kita tetap sahabat hingga akhir hayat. =)
Sahabat itu teman...
Teman di kala kesedihan,
Tempat berkongi luahan,
Sumber meminta bantuan.
Adakala..
Gelagatnya memeningkan,
Rajuknya di luar jangkaan,
Senyumannya menceriakan keadaan.
Kini, sahabatku telah dewasa,
Menjadi pendidik di seluruh pelusuk Bumi Kenyalang,
Kematangan asas cerminan,
Bukan lagi anak hingusan.
Ada yang sudah berteman,
Ada yang sedang mengusung kandungan,
Ada yang bakal menamatkan zaman bujang,
Walau apa pun status, walau jarak jadi ukuran,
Kita tetap sahabat hingga akhir hayat. =)
![]() |
| Gugurl Bacarz |
![]() |
| Nurul Norsilah + Mohd Iszal 27 November 2011 |
![]() |
| Nurul Hazwani + Shamsul Khairi 11 Mac 2012 |
![]() |
| Wan Maisarah + Suhaifi Saad 31 Mei 2012 |
![]() |
| S. Anantha Valli + K. Kunaselan 23 November 2012 |
![]() |
| Atiqah Syahirah + Mohd Syahreen 7 Disember 2012 |
![]() |
| Lizah + Muhammad Muizzuddin 16 Disember 2012 |
![]() |
| Nur 'Aqilah + Dzulfadli Will be coming soon in 2013 |
![]() |
| Anis Syuhada + Jazli Will be coming soon in 2013 |
![]() |
| Hidayah + Mohd Faris Will be coming soon in 2013 |
BAHAGIA MELIHAT SAHABAT BAHAGIA
FOREVER BACARZ! (^_^)
Khamis, 28 Februari 2013
Perkongsian Tips Dari Buku Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul - II
Assalamualaikum...
Kita sambung lagi perkongsian tips dari buku Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul.
Tips yang seterusnya adalah...
PANTANG LARANG DALAM HUBUNGAN SUAMI ISTERI
- Berlebih-lebihan dalam memberi gambaran dan pujian yang menggiurkan tentang orang lain.
- Melontarkan kritikan pedas dan tidak menghargai pendapat pasangan.
- Mencela usahanya atau kebaikan yang cuba dibuat olehnya.
- Membazir-bazir dengan harta pasangan.
- Berdusta.
- Menghina dengan ungkapan kotor.
- Mengungkit-ungkit pemberian.
- Membocorkan rahsia rumah tangga.
- Sering merasakan diri tidak bersalah, selalu betul.
- Memberikan ancaman penceraian.
- Tidak bermesra ketika isteri didatangi haid.
- Menyambut kedatangan pasangan dengan pelbagai ungkapan masalah.
- Isteri menampakkan auratnya kepada lelaki lain.
- Sering meninggalkan isteri sendirian tanpa sebab-sebab yang kukuh.
- Tidak menghiraukan perasaan pasangan.
- Bersikap menyusahkan dan suka bertengkar.
- Menjadikan masalah semakin rumit.
- Menzalimi pasangan.
- Cemburu yang tidak bertempat.
- Menimbulkan sikap anti atau protes.
- Menjadi teladan yang buruk.
"Suamiku,
aku mencintaimu kerana agamamu.
Jika hilang agamamu
hilanglah cintaku padamu."
(Adaptasi kata-kata Imam al-Nawawi)
Perkongsian Tips Dari Buku Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul
Assalamualaikum.. Salam kasih sayang. Moga kita semua sentiasa berada dalam redha dan keberkatan Allah s.w.t. InsyAllah.
Sudah lebih kurang dua minggu lebih saya berada di rumah. Menunggu detik-detik kelahiran penyambung zuriat saya dan suami. Niat di hati hendak pulang bertugas di bumi kenyalang. Apakan daya, syarat penerbangan Air Asia hanya membenarkan ibu yang mempunyai usia kandungan maksimum 34 minggu sahaja untuk menaiki penerbangan. Maka redhalah saya memohon cuti rehat khas, cuti tanpa gaji, dan cuti pra bersalin kerana saya yakin semua pasti ada hikmahnya.
Sedang mengisi masa yang terlalu lapang di rumah...saya telah menemui sebuah buku lama yang telah dihadiahkan oleh junior usrah saya. JazakAllah. Bukunya bertajuk 'Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul' karya Fatimah Syarha Mohd Noordin.
Terdapat beberapa tips yang ingin saya kongsikan hasil pembacaan saya di buku ini. Selamat membaca.
TIPS MEMILIKI SYURGA DUNIA DI ALAM RUMAH TANGGA
- Menjaga keberkatan.
- Memanjakan pasangan dengan panggilan yang disukai.
- Selalu berkongsi rasa dan cinta.
- Bersegera memenuhi permintaannya.
- Setia mendampinginya.
- Memberikan penjelasan dan menuturkan kata-kata manis.
- Bersedia mengubah perilaku atau tabiat kebiasaan.
- Menghidupkan salam.
- Menelefon untuk menyatakan rindu.
- Sering mengungkapkan perasaan cinta.
- Tidak lokek mengucapkan terima kasih.
- Bergurau senda dan bercanda, bermain dan bercengkerama.
- Memuji dan menyanjungi.
- Mencipta syair atau puisi istimewa.
- Memberi penghargaan dengan ikhlas.
- Saling berkirim e-mel dan SMS (viber, Skype, chat-on, whatsapp pun boleh ^_^)
- Memberi hadiah
- Berpisah sementara dan menikmati rindu. (memang betul)
- Membantu pekerjaan rumah tangga.
- Berhias.
- Melayan dengan baik.
- Memberi perhatian kepada keluarga mentua.
- Memberi ucapan selamat jalan dan selamat pulang.
- Memujuk pasangan apabila dia sedang beremosi.
- Mencintainya sepenuh hati dan mempamerkannya.
- Mengunjungi kerabat dan sahabat.
- Mengambil berat ketika dia sakit.
- Meminta pertolongan dengan cara yang baik.
- Disiplin terhadap waktu.
- Keseimbangan terhadap waktu ketika di rumah.
- Berakhlak baik.
- Berpada dan redha dengan apa yang ada.
- Taat pada pasangan.
- Menunjukkan contoh yang baik.
- Selalu menambah rasa cinta.
Sesungguhnya, membaca buku ini telah menambahkan lagi kerinduan saya kepada suami di seberang Laut China Selatan. Semoga rasa rindu ini menguatkan lagi rasa kecintaan dan kepercayaan dalam perhubungan kami. Uniknya rasa rindu yang telah diciptakan oleh Allah untuk hambanya.. =)
Semoga apa yang saya kongsikan ini memberi manfaat dan insyAllah akan saya sambung pada post akan datang. Namun tidak rugi jika anda membeli sendiri buku ini kerana kebaikannya yang besar.
Terima kasih kerana membaca. Jumpa lagi, Wassalam.
Ahad, 30 Disember 2012
Sorotan Tahun 2012
Assalamualaikum... Salam sejahtera, salam kasih sayang, dan semoga kita semua sentiasa berada di dalam kerahmatan Allah.
Sedar tidak sedar, ada lagi sehari untuk tahun 2012 melabuhkan tirainya.
Entah mengapa saya berasa tahun ini begitu pantas berlalu.
Pelbagai detik dan peristiwa telah dilalui.
Ada yang mengejutkan, menggembirakan, menyedihkan, dan macam-macam lagi.
Bermula dari tarikh 10 Januari 2012, saya menerima berita yang mengejutkan iaitu dipostingkan ke negeri Sarawak, dalam bahagian Kapit. Pada masa itu ayah sedang sakit kuat. Namun, dengan izin Allah ayah kembali sihat dan mampu menghantar saya ke lapangan terbang.
Pada 1 Februari 2012 saya telah memulakan tugas rasmi saya sebagai seorang guru di Sekolah Kebangsaan Kapit, Sarawak.
Kemudian pada 12 Mac 2012, saya telah menerima segulung Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan kepujian di PICC disaksikan oleh emak, ayah, abang, dan anak saudara saya. Takdir tuhan tiada siapa yang dapat meneka dan menyangka. Saya dipertemukan dengan suami saya sebelum perarakan masuk graduan ke dalam dewan. SubhanAllah, sungguh hebat perancangan Allah.
Tanggal 27 Mei 2012 bersamaan 6 Rejab 1433 Hijrah, pada hari Ahad yang mendamaikan, saya telah menamatkan zaman bujang saya. Saya telah berkahwin dengan seorang guru di Kapit yang berasal dari Perak, Mohd Hafiz Bin Mohd Sabri yang disempurnakan oleh wali saya iaitu ayah, Haji Isnin Bin Baderun. Alhamdulillah, Allah telah mengabulkan doa. Saya berkahwin dan ayah sendiri yang mengijab kabulkan saya. Entah mengapa saya lihat ayah begitu lega dan gembira seusai sahaja majlis pernikahan itu. Bagai ada satu beban dibahunya telah dilepaskan.
Pada bulan Julai 2012 satu persatu berita yang menyenangkan diterima setelah pelbagai suka duka telah dilalui semenjak bergelar isteri. Dikurniakan rezeki oleh Allah pada awal tempoh perkahwinan dan suami pula dapat ditukarkan dari pedalaman 3 ke pekan kapit. Keyakinan saya pada aturan Allah semakin kuat. Ketahuilah bahawa setiap kesulitan pasti Allah akan berikan kemudahan. Sentiasalah berdoa dan memohon agar dipermudahkan segala urusan dari Allah.
22 Ogos 2012 merupakan Majlis Menyambut Menantu saya dan suami yang diadakan di Kampung Gajah, Perak. Saya amat terharu dengan majlis yang disediakan untuk kami dan amat berterima kasih dengan keluarga suami atas sambutan yang meriah. Saya juga bersyukur dengan kehadiran ahli keluarga saya ke majlis ini dan pulang dengan selamat ke rumah.
Pada 14 Disember 2012, Allah telah menguji kami sekeluarga dengan kehilangan ayahanda yang tercinta. Ayah telah menghembuskan nafas yang terakhir beliau pada jam 5 petang disaksikan oleh ahli keluarga di kerusi malasnya. Namun saya tidak sempat berada pada detik itu kerana saya dan suami menghantar petugas klinik kembali ke klinik. Sungguh, saya kesal kerana tidak dapat menyaksikan detik akhir itu. Namun saya sentiasa mengingatkan diri bahawa dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali. Akhirnya saya redha. Arwah ayah pergi meninggalkan kami setelah beberapa kali menghidapi penyakit strok. Pada hari saya pulang ke rumah, ayah telah jatuh di bawah pokok ciku dibelakang rumah. Semenjak itu, strok ayah datang kembali. Walaupun tidak dapat berbual dengan ayah secara bersemuka semenjak saya pulang dari Kapit, saya tetap bersyukur kerana ayah telah dijemput oleh Allah pada hari Jumaat. Sehingga kini terasa bagaikan ayah masih hidup. Bila tersedar, lekas saya sedekahkan Al-fatihah untuknya moga-moga rohnya tenang di sana.
Dan kini, 30 Disember 2012... Saya telah kembali ke Bumi Kenyalang ini meneruskan tanggungjawab seorang pendidik. Semoga ada rezeki untuk kami pulang ke semenanjung dan berada di sisi insan-insan yang kami sayangi terutamanya emak yang keseorangan di rumah dan hanya ditemani oleh abang.
Selamat tinggal tahun 2012. Semoga segala kenangan dan peristiwa yang berlaku tidak akan luput dari ingatan. Dan semoga tahun 2013 ini membawa seribu kebaikan buat kita semua. Amin.
P/s: Syukur padamu ya Allah atas segalnya. Terima kasih suamiku kerana sentiasa menemani diri ini dalam setiap kisah suka dan duka. Semoga jodoh kita berpanjangan hingga ke syurga. Amin...
Rabu, 7 November 2012
Cuti Datang Lagi!
Motif post? Saja je nak buang sawang2 dalam laman web blog ni.
Apa yang penting, saya dan suami tidak sabar-sabar pulang ke kampung di Johor mahupun Perak untuk menziarahi kedua ibu bapa kami, ahli keluarga, dan sanak saudara.
Ya Allah, peliharalah perjalanan kami pergi dan balik berbantukan pelbagai jenis kenderaan. Amin
Selamat bercuti untuk semua. Semoga cuti sekolah kali ini bermanfaat untuk semua. InsyAllah. =)
Khamis, 6 September 2012
9 minggu
![]() |
| Para bakal ibu juga disarankan agar mengamalkan wirid-wirid yang sesuai dan boleh diamalkan di masa-masa lapang. |
Ya Allah, jadikanlah anak ini seorang anak yang soleh atau solehah kelak
serta menjadi pejuang yang berbakti kepada agamanya. Amin.
Khamis, 30 Ogos 2012
Majlis Menyambut Menantu di Kg Gajah, Perak
Tarikh : 22 Ogos 2012 / 4 Syawal 1433H
Lokasi : No. 9, RPA 2, Kampong Gajah, Perak
| Bergambar bersama ibu bapa pengantin perempuan. |
| Bergambar kenangan bersama ahli keluarga sebelah pengantin perempuan. |
| Bergambar bersama ibu bapa pengantin lelaki. |
| Bergambar kenangan bersama ahli keluarga sebelah pengantin lelaki. |
| Majlis makan beradab dan acara memotong kek. |
| Majlis turut dihadir dan dimeriahkan oleh Shahir AF8 yang merupakan sahabat sekolah menengah suami. |
| Pengantin sempat ditemuramah oleh Shahir sebelum beliau menyampaikan lagu keduanya. |
| Antara rakan-rakan suami dari SMKA Slim River yang turut meraikan majlis. |
| Antara sahabat handai suami dari IPG Ipoh yang turut memeriahkan majlis. |
![]() |
| Antara gambar di luar pintu (outdoor) yang sempat dirakam oleh adik ipar. |
Syukur Alhamdulillah kerana majlis telah berjalan dengan lancar dan seperti yang dirancang.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli keluarga saya iaitu Haji Isnin (ayah), Hajah Manisah (emak), Nurakilah (Kak Long), suami dan anak-anak, Azhari (abang), Norhayati (akak), suami, dan anak-anaknya, Rashid (abang), serta Abdul Rahim dan isteri kerana sudi hadir untuk menyerikan majlis kami di Kampong Gajah. Memori ini akan sentiasa kusemat di dalam hati. =)
Terima kasih juga diucapkan kepada ahli keluarga sebelah suami iaitu En sabri (ayah), Puan Fuziah (emak), Zaleha (akak ipar) dan juga suami, Kamaruddin (abang ipar) dan isteri, Rafidah (akak ipar) dan suami, Anisah, Hazimah, dan Hamizah kerana bertungkus lumus dalam mempersiap Majlis Menyambut Menantu di Kampong Gajah. Jasamu dikenang =)
Terima kasih kepada tetamu yang hadir kerana turut memeriahkan majlis serta memberi hadiah kepada kami. Semoga semua yang terlibat dalam majlis ini diberikan kebaikan dan ganjaran yang baik dari Allah.. Amin. InsyAllah.
Hadith no. 183
Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman kepada Malaikat pencatat amalan: Apabila hambaKu berniat ingin melakukan kejahatan, maka jangan lagi kamu menulisnya sebagai amalan kejahatan. Apabila dia melakukannya barulah kamu menulisnya sebagai satu amalan kejahatan. Jika hambaKu berniat ingin melakukan kebaikan, tetapi dia tidak lagi melakukannya, maka catatkanlah sebagai satu amalan kebaikan. Jika dia melakukannya maka catatkanlah kebaikan itu sepuluh kali ganda.
Langgan:
Catatan (Atom)








































