Anda pengunjung blog ke :

Rabu, 26 Ogos 2009

Kuih Raya 3

Mama Carrie
(2 adunan)


Bahan:

(Dipukul)
  1. Mentega (Buttercup) 2 buku
  2. Gula aising 2 cawan
  3. Esen vanilla 1.5 penutup
  4. Serbuk penaik 1 sudu kecil (penuh)

(Digaul)

  1. Tepung gandum 3 cawan + 1 cawan kemudian
  2. Tepung jagung 2 cawan
(Hiasan)
  1. Putih telur 2 biji
  2. Gula aising 1 cawan
  3. Esen vanilla 1 penutup
  4. Tepung jagung ½ cawan

*Adunan hiasan diasingkan sendikit dan digaulkan dengan serbuk koko untuk lorekan pada
kuih.


Kuih mama carrie sebelum disolek. Dibakar dahulu untuk kali pertama.

mama carrie mula disapu dengan adunan penghias.



Cara membuat lorekan pada kuih bagi mereka yang tangan dominannya adalah kanan.


Dibakar untuk kali kedua.


Kuih disimpan dan dijual.

P/s: Kuih ni buat semalam.. Hari ni x buat kuih.. Kena hantar ayah pergi hospital...

Isnin, 24 Ogos 2009

Kuih Raya 2

Biskut Milo
(1 adunan)


Bahan:

(Dipukul)
  1. Mentega (Buttercup) 1 buku
  2. Gula aising 1 cawan
  3. Telur kuning 2 biji
  4. Susu pekat 1 cawan
  5. Esen vanilla 1 penutup
  6. Serbuk penaik 1 sudu kecil
  7. Milo 1 cawan

(Digaul)

  1. Tepung gandum 1.5 cawan + 0.5 cawan kemudian
  2. Tepung jagung 1 cawan


Bahan dipukul



Bahan yang dah pukul digaul la pulak...

Doh diterap...


Dibakar....

Siap!!! Boleh jual..

Ramadhan...



Hari ini sudah masuk hari yang ke-3 kita berpuasa dan insyAllah kita bakal menyambut Hari Raya AidilFitri pada 20 September 2009.

Sudahkah anda mebeli tiket bas untuk pulang berhari raya? Sudahkah anda menempah baju raya? Sudahkah anda membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya?

Persoalan itu adalah terlalu awal dan sebenarnya kurang sopan untuk dibincangkan dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.

Sebaliknya marilah kita bertanyakan pada diri sendiri:
  1. Apa amalan yang aku nak pertingkatkan dalam bulan Ramadhan ni?
  2. Apa ibadah tambahan yang aku boleh buat?
  3. Apa tabiat buruk yang perlu aku buang?
  4. Aku dah niat puasa belum?


Persoalan-persoalan inilah yang seharusnya perlu berlegar dalam kepala kita terutamanya di bulan Ramadhan ini.

Antara perkara sunat dalam puasa:

  1. Bersahur
  2. Melewatkan sahur
  3. Segera berbuka (dgn kurma atau air dan membaca doa)
  4. Tidak bersugi selepas tengahari
  5. Banyakkan sedekah
  6. Banyakkan tadarus Al-Quran
  7. Banyakkan i’tikaf (bangun dan beribadat pada waktu malam)10 hari terakhir Ramadhan

Adab-adab berpuasa:

Jaga penglihatan, pendengaran.

  1. Menjaga lidah dan mulut. Sebaiknya diam dan banyakkan berzikir.
  2. Jaga tangan dan kaki daripada berbuat perkara yang sia-sia.
  3. Jangan makan makanan yang tidak halal.
  4. Sederhana ketika berbuka
  5. Selepas berbuka, perlu ada perasaan bimbang jika amalan tidak diterima kerana kecuaian dan berharap amalan akan diterima dengan kemurahan Allah.


* Semoga Ramadhan kita pada kali ini adalah yang lebih baik berbanding yang lepas..InsyAllah...




Ahad, 23 Ogos 2009

Kuih Raya 1

Samperit Chocolate Rice

Bahan:

(Dipukul)
Mentega (Buttercup) 2 buku
Gula aising 2 cawan
Susu pekat 1 cawan
Esen vanilla 2 penutup
Telur kuning 4 biji
Serbuk penaik 2 sudu rata
Inci Kuning Secukupnya


(Digaul)

Tepung gandum 3 cawan + 1 cawan kemudian

Tepung jagung 2 cawan


(Hiasan)
Chocolate Rice ditabur di atas

Antara bahan-bahan yang sempat dirakam.


Adunan yang telah dipukul digaul dengan segala jenis tepung yang ada.

Masa untuk mencetak!!!

Dibakar.....

Siap!!!!

Khamis, 20 Ogos 2009

Zoom in Pulau Pinang!

Konvokesyen USM Pulau Pinang Kali Ke 40
15 Ogos 2008

Ayah, Ayem, Mak, Aku

Mak dgn Ayah nmpk gembira sgt bila anak dia Konvo...Hurm..bila la turn aku pulak...


First time naik feri... Excited!!!!



Feri Pulau Angsa yg bergerak ke Pelabuhan Pulau Pinang
Tol keluar masuk RM7.00 (sama ada melalui jambatan @ menaiki feri)..

Seperti yang dijanjikan...

Nur Hanani dan Nur Amani
Rambut sama hitam tapi saiz kepala lain-lain

Akhirnya..seperti yang dijanjikan...
Aku dah pn memuat turun gmbr anak saudaraku yang terkini (ke-15)
Meskipun pelbagai halangan yg aku terima semenjak bergelar paparadzi...

Terima kasih kepada akak (Pn Rahmah) kerana membenarkan gmbr anaknya diambil tnpa sebarang cas. ;-)

Selasa, 11 Ogos 2009

Allah selamatkan kamu..

"Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan abang-abangku...
Allah selamatkan kamu.. "

Selamat Hari Lahir diucapkan kepada:
- Abdul Rahim Isnin (11 Ogos 1982)
- Azhari Isnin (25 Julai 1974)...belum begitu terlambat rasanya..

Semoga korang panjang umur, murah rezeki, dinaikkan gaji, gembira dan bahagia selalu serta berjaya dalam kerjaya masing-masing.... Amin..


Isnin, 10 Ogos 2009

Kembara Cameron Highlands


Tarikh : 30 Julai - 1 Ogos 2009
Lokasi : Daerah Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur.
Penglibatan : En Azahari, Puan Azyan, Puan Tolhah, dan 4 PISMP Matematik

Tempat menginap kami...

Perkongsian ilmu di SK Convent, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands.

Ladang Teh Boh ketiga terbesar di Palas...

..Landskap memukau pandangan di MARDI Cameron Highlands..

Yang menarik di sini:
  1. Suhu semakin menurun pada waktu tengahari.
  2. Memberi perasaan 'mabuk strawberi' kepada pelancong.
  3. Banyak warganegara luar (jepun, thailand,US) yg menjalankan kajian pertanian di sini.
  4. Pemandangan yang indah, aman, dan mendamaikan.
  5. Terasa seperti diekori oleh aircond bergerak (terlalu sejuk~~)
  6. Kebanyakkan tempat penginapan berkonsepkan reka bentuk rumah British.
  7. Pelbagai lokasi menarik yang boleh dilawati.

p/s: janji akan datang lagi lepas ni!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka