Anda pengunjung blog ke :

Isnin, 2 April 2012

Muat Turun Lagu Unit Beruniform

Klik untuk muat turun lagu pilihan


Pandu Puteri

1) World Song

2) Lagu Taps

3) Lagu Manito
Link

Bulan Sabit Merah

1) Lagu rasmi

Kenali SK Kapit (Bhg III)


SEJARAH SEKOLAH DAN LATAR BELAKANG

Sekolah Kebangsaan Kapit,telah dibuka untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran pada 14 Jun 2004. Pelajar-pelajar yang dipindahkan di sini adalah pelajar-pelajar yang dipindahkan dari SK Methodist, Kapit dan SK Kampong Baru, Kapit. Seramai 640 pelajar dan 33 orang guru telah menjadi warga sekolah ini pada tahun pertama sekolah beroperasi. Pada masa itu, kelas yang beroperasi adalah dari tahun satu hingga tahun lima sahaja.

Bermula dari tahun 2005, sekolah ini mula beroperasi penuh. Pada tahun 2006 pula, sebuah kelas Prasekolah telah dibina dan enrolmen untuk Prasekolah bermula pada tahun 2007. Pada tahun 2009, sekolah telah dilengkapi dengan sebuah Kelas Pemulihan, sebuah pusat akses, dan sebuah makmal komputer baru.

Sekolah ini dilengkapi sebuah blok pentadbiran, sebuah bilik guru, 24 buah kelas biasa, 2 buah makmal sains, sebuah bengkel Kemahiran Hidup berserta stor, sebuah bilik Pendidikan Seni, sebuah Bilik Muzik, dua buah makmal computer, sebuah bilik APD, sebuah bilik kaunseling, sebuah bilik rawatan, sebuah bilik Pendidikan Agama Islam, sebuah kafetaria untuk makanan bermasak, sebuah kantin, dua buah asrama, dan sebuah surau. Bangunan tambahan pada tahun-tahun berikutnya adalah sebuah kelas Prasekolah. Seterusnya adalah sebuah bilik yang dinaik taraf menjadi Bilik Pemulihan dan sebuah bilik lagi yang dinaik taraf sebagai Pusat Akses. Di samping itu, sebuah gelanggang serbaguna dan sebuah padang bola sepak turut dibina.

Kini, Sekolah Kebangsaan Kapit juga menjadi tempat beroperasi bahagian Peperiksaan dan Penilaian, Pejabat Pelajaran Daerah Kapit dan juga sebagai pusat utama rawatan pergigian daerah Kapit yang menempatkan jururawat pergigian untuk semua sekolah di daerah Kapit.

Guru Besar yang pertama sekolah ini ialah Encik Berendam Anak Sana, yang masih menjawat jawatan tersebut sehingga ke hari ini. Sebelum dipindahkan ke sekolah ini, beliau bertugas di SK Nanga Ibau, Kapit. Penolong Kanan Pentadbiran ialah Encik Reginald Iggan Solo, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ialah Puan Mary Nabau, sementara Penolong Kanan Kokurikulum adalah Puan Seniah Binti Othman. Penolong Kanan Pentadbiran pertama sekolah ini adalah Puan Nilawati Omar. Manakala Encik William Lasah merupakan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang pertama dan Puan Amoi Igang selaku Penolong Kanan Kokurikulum SK Kapit yang pertama.


Minus One Lagu Ibu Pertiwiku



Klik di sini untuk muat turun minus one lagu ibu pertiwiku



Lirik Lagu Ibu Pertiwiku (Lagu Negeri Sarawak)

Sarawak Tanah Air Ku
Negeri Ku Tanah Air Ku Sarawak
Engkaulah Tanah Pusaka Ku
Tanah Tumpah Darah Ku
Ibu Pertiwi Ku

Rakyat Hidup Mesra Dan Bahagia
Damai Muhibbah Sentiasa
Bersatu Berusaha Berbakti
Untuk Sarawak Ku Cintai

Sarawak Dalam Malaysia
Aman Makmur Rahmat Tuhan Maha Esa
Kekallah Sarawak Bertuah
Teras Perjuangan Rakyat
Berjaya Berdaulat

Kenali SK Kapit (Bhg II)



Klik di sini untuk muat turun lagu SK Kapit


LAGU SEKOLAH, SK KAPIT

Kejujuran dalam usaha,

Pendidikan berwibawa,

Kau harungi cabaran yang murni,

Untuk aspirasi pendidikan,


Sekolahku,

SK Kapit yang indah,

Suasanamu nan permai,

Jasa baktimu kau tetap abadi,

Diminda dan naluriku,

c/o:

Searah, sehati, sejiwa,

Bersatu berganding bersama,

Untuk sekolahku SK Kapit,

Hadapilah Era Baru,


Tekad berbakti penuh semangat,

Bagi mengejar impian cemerlang,

Harum namamu yang gemilang,

SK Kapit yang terbilang.

Kenali SK Kapit (Bhg I)

LOGO SK KAPIT,
Lot 416, Jalan Bleteh, 96800 Kapit, Sarawak


PENGERTIAN LOGO

Bentuk Keseluruhan

Bulatan berwarna merah : semangat kerjasama antara guru dengan pelajar.

Bentuk bulan sabit : kewujudan satu sinar baru dalam dunia pendidikan di bahagian Kapit khususnya, dan di negeri Sarawak amnya dengan kewujudan sekolah ini.

Keseluruhan bentuk bulatan : kepekaan SK Kapit tentang konsep globalisasi masa kini.

Buku dan Mata Pena

Buku dan mata pena melambangkan sumber ilmu dan sekolah ini diwujudkan sebagai wadah untuk para generasi baru mencari dan mendalami ilmu pengetahuan.

Nombor pada pena adalah nombor pendaftaran sekolah iaitu YBA 7110.

Lima Lingkaran Cincin Berkait

Cincin berkait melambangkan perhubungan dan semangat bekerjasama dalam semua bidang yang berhasrat menjadikan sekolah ini sebagai institusi masyarakat yang bersatu pada.

Simbol Sains dan Teknologi

Melambangkan sekolah ini menumpukan sepenuhnya perhatian dalam usaha menjadikan masyarakat Malaysia sebuah masyarakat yang mementingkan sains dan teknologi.

Komputer

Melambangkan kepentingan ICT dalam dunia pendidikan dan dalam kehidupan sehari-harian serta usaha sekolah menerapkan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

Warna

Menunjukkan warna-warna yang terdapat dalam bendera kebangsaan dan bendera negeri.

Merah : Melambangakan keberanian mengharungi cabaran untuk mengecap kejayaan dalam semua bidang dan sentiasa bermaruah dan bercita-cita tinggi.

Kuning : Melambangkan perpaduan antara warga SK Kapit khasnya dan masyarakat setempat amnya.

Biru : Melambangkan kehidupan yang harmonis di kalangan pelajar-pelajar yang berbilang bangsa serta keturunan serta datang dari berbagai-bagai kedudukan sosio-ekonomi, bersatupadu dalam usaha menggapai kecemerlangan.

Putih : Tanda kesucian rohani dan jasmani yang melahirkan keikhlasan, kejujuran dan sifat-sifat terpuji dalam segala tindakan.

Hijau : Melambangkan kesegaran dan kesuburan, sebagai harapan warga sekolah untuk melahirkan generasi baru yang bakal menjadi pemimpin negara masa depan.

MOTTO SEKOLAH


INTEGRITI : bermaksud kejujuran dalam usaha menjadikan SK Kapit sebagai sebuah institusi pendidikan yang berwibawa.

ILTIZAM : bermaksud keazaman yang tinggi dalam usaha merealisasikan matlamat dan cabaran pendidikan.

INTELEK : bermaksud produk dan output yang dihasilkan oleh SK Kapit adalah golongan intelektual yang mampu menggalas cabaran era globalisasi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath - Anniversary

Suka