Anda pengunjung blog ke :

Isnin, 16 Januari 2012

Mari Belajar Bahasa Sarawak - Siri 3

Yang kali ini kita akan belajar terus mengenai tatacara penggunaan dialog.

Selamat membaca. =)


Kamek – Saya
Contoh ayat : Kamek berasal dari Kuala Lumpur.
Terjemahan : Saya berasal dari Kuala Lumpur.

Kitak – Awak / Kamu
Contoh ayat : Kitak diam sine?
Terjemahan : Awak / Kamu tinggal di mana?

Nya – Dia
Contoh ayat : Motor tok nya pun.
Terjemahan : Kereta ini dia punya.

Kitak orang – Kamu semua
Contoh ayat : Kitak orang datang dari siney?
Terjemahan : Kamu semua datang dari mana?

Sik – Tidak / Tak
Contoh ayat : Kamek sik hisap rokok.
Terjemahan : Saya tak / tidak hisap rokok.

Sik Ada – Tiada
Contoh ayat : Kamek sik ada duit.
Terjemahan : Saya tiada duit.

Sitok – Sini
Contoh ayat : Kamek bukan berasal dari sitok.
Terjemahan : Saya bukan berasal dari sini.

Sinun – Sana
Contoh ayat : Kamek diam di sinun.
Terjemahan : Saya tinggal di sana.

Sine – Mana
Contoh ayat : Sine rumah kitak?
Terjemahan : Mana rumah awak?

Kenak – Kenapa
Contoh ayat : Kenak kitak menangis?
Terjemahan : Kenapa awak menangis?

Bait – Baik
Contoh ayat : Duduk bait-bait, kelak guguk.
Terjemahan : Duduk baik-baik, nanti jatuh.

Sidaknya – Dia orang
Contoh ayat : Sidaknya madah kitak kacak!
Terjemahan : Dia orang kata awak cantik!

Madah – Cakap / Beritahu
Contoh ayat : Madah dengan nya, kelak kamek bayar.
Terjemahan : Beritahu dengan dia, nanti saya bayar.

Kelakar – Bercakap / Bersembang / Berborak
Contoh kitak : Kitak kelakar dengan nya duluk, kamek masih pakey baju tok.
Terjemahan : Awak berborak dengan dia dulu, saya tengah pakai baju ni.

Empun – Punya
Contoh ayat : Pensel tok, kamek empun.
Terjemahan : Pensel ini, saya punya.

Kinektok – Sekarang
Contoh ayat : Kinektok pukul berapa?
Terjemahan : Sekarang pukul berapa?

Kelak – Nanti
Contoh ayat : Kelak iboh lupak datang rumah.
Terjemahan : Nanti jangan lupa datang rumah.

Gago – Sibuk
Contoh ayat : Gago kitak eh!
Terjemahan : Sibuklah awak ni!

Ya – Itu
Contoh ayat : Siapa ya?
Terjemahan : Siapa itu?

Marek – Kelmarin
Contoh ayat : Maaf, marek kamek sik dapat hadir.
Terjemahan: Maaf, kelmarin saya tidak dapat hadir.


Sumber : http://ikhwanshah.com/mari-belajar-bahasa-sarawak/

Mari Belajar Bahasa Sarawak - Siri 2

Degil = Entingal
Main-main =Plente
Naik / panjat = Nekik
Tengkuk = Geruk
Misai = Somet
Jalanraya = Jeraya
Rasa pelik = Singkol
Pekan = Pasar
Teriak / jerit = Nerais
Bunyi kuat = Nyering
Lama = Lamak
Panggil = Tunggah
Jumpa = temu
Kucing = Pusak
Anjing = Asuk
Ayam = Manok
Hijau = Gadung
Jemu = Lejuk
Baik = Bait
Kapal terbang = belon
Teman lelaki / wanita = gerek
Dating = Bergerek
Teman istimewa = Can
Jom = Lan

Untuk lebih maklumat sila layari http://bahasasarawak.blogspot.com/

Ahad, 15 Januari 2012

Mari Belajar Bahasa Sarawak - Siri 1

Asyik belajar Bahasa Jawa je kan? Maka, hari ini kita akan berkenalan dengan..


Bahasa Sarawak

Saya = Kamek
Engkau = Kitak
Dia = Nya
Tak = Sik
Tiada = Sik ada
Jangan = Sikboh
Kenapa = Kenak
Sini = Sitok
Sana = Sinun
Di sana = Sia
Di mana = Sine
Mana = Ne
Cakap / beritahu = Madah
Bercakap / bersembang = Kelakar
Dia orang = Sidaknya
Orang = Sidak
Punya = Empun
Sekarang = Kinektok
Kemudian = Dudi
Sibuk = Gago
Itu = Ya
Kemarin = Ari Marek
Hari itu = Ari Ya
Bohong = Bulak
Ketuk = Tukuk
Pukul = Palu
Baling / lontar = Tikam
Manja = Congek
Risau = Gelik
Satu = Sigit
Dua = Duak igit
Tiga dan seterusnya = Tiga igit dan seterusnya
Budak = Biak
Budak kecil = Miak kecil
Di bawah = Debah
Sedap = Nyaman
Kereta = Motor
Bodoh = Paloi
Macam itu = kedak ya / gia/ cam ya
Bengkak = Kembang
Sombong = Lawa
Cantik = Kacak
Sangat = Gilak
Tak Terurus = Ceridak
Bersepah = Ngambor

Bersambung....

Sumber : http://rahsia.20m.com/sarawak.htm

Isnin, 2 Januari 2012

Kek Marble



Bahan-Bahan (Mengikut Ukuran Sebenar) :
  1. 10 bij telur
  2. 2 cawan gula kastor
  3. 3 cawan tepung gandum (digoreng dan diayak)
  4. 2 cawan majerin
  5. 4 sudu kecil Baking Powder
  6. Pewarna kuning
  7. Coklat Van Houten
  8. Satu sudu esen vanilla.

Cara-Cara:
  1. Pukul gula dan majerin sehingga kembang.
  2. Masukkan telur dan pukul hingga kembang, ringan, putih, dan gebu.
  3. Masukkan tepung dan baking powder sedikit demi sedikit.
  4. Bahagikan adunan kepada dua.
  5. Adunan pertama di gaul dengan pewarna kuning.
  6. Adunan kedua digaul dengan serbuk coklat van houten.
  7. Alas loyang dengan kertas mengikut bentuk loyang.
  8. Masukkan adunan kuning selapis dan ratakan.
  9. Masukkan adunan coklat selapis dan ratakan.
  10. Ulang sehingga kesemua adunan habis.
  11. Hentak dengan penuh keayuan sebanyak 2/ 3 kali.
  12. Bakar sehingga masak. (lebih kurang 45 minit)
  13. Cucuk ditengah-tengah kek menggunakan lidi bersih. Jika ada adunan yang melekat, maka kek itu masih belum masak.
  14. Potong dan hidang untuk makan-makan.


Resepi ini telah diturunkan oleh emak kepada saya. =)

Resepi di atas adalah untuk adunan bagi kek yang menggunakan saiz loyang yang besar.

Sebagai percubaan, saya telah menyeparuhkan kesemua sukatan di atas.

Saya hanya menggunakan loyang yang kecil dan beberapa cawan kertas yang comel 'sangat'.

Berikut merupakan laporan bergambar saya.

Adunan yang telah dibahagikan kepada dua bahagian.





Adunan diletak selapis demi selapis berselang-seli.



Hasil kek yang siap dibakar.


Kek yang telah dipotong secara simetri.


Adunan yang dimasukkan ke dalam cawan kertas.



Nah, hasilnya!

Ia juga digelar zebra cake oleh rakan-rakan saya.

Akan tetapi, demi menghormati resepi kek yang telah diperturun oleh emak,
maka saya akan terus mengekalkan nama

KEK MARBLE.

Sekian, selamat mencuba.

Kek Pandan Layer

Bahan-Bahan Untuk Kek Span :

  1. 250gm / 2.5 cawan tepung gandum
  2. 1 sudu besar baking powder
  3. 8 biji telur
  4. 250gm gula kastor
  5. 100 ml air
  6. 25gm ovelette
  7. 0.5 sudu esen vanilla
  8. 125m majerin dicairkan
  9. 1 sudu perisa pandan.
Cara-Cara Membuat Kek Span:
  1. Masukkan kesemua bahan dalam mesin pengadun kecuali majerin cair, esen vanilla, dan perisa pandan.
  2. Pukul hingga kembang sehingga gebu dalam 8-10 minit.
  3. Masukkan majerin cair, perisa pandan dan esen vanilla.
  4. Putar semula adunan.
  5. Bakar dengan suhu 180 darjah lebih kurang 15-20 minit.
  6. Keluarkan kek, sejukkan, dan potong 3 lapis mendatar.


Bahan-Bahan Untuk Kastard:

  1. 500ml santan (guna santan kotak 500ml)
  2. 500ml air (guna kotak yang sama)
  3. 1 sudu serbuk agar-agar
  4. 150gm gula kastor
  5. 2 sudu perisa pandan
  6. 8 sudu rata tepung jagung
  7. Secubit garam.
  8. Perisa pandan / pewarna hijau secukupnya.



Cara-Cara Membuat Kastard:
  1. Satukan kesemua bahan ke dalam periuk.
  2. Masak dengan api sederhana sehingga ia betul-betul pekat, mendidih dan berkilat.


Cara-Cara Membuat Kek Lapis Pandan:
  1. Gunakan loyang yang sesuai dengan saiz kek.
  2. Gunakan satu alat penyukat (cawan mungkin?) yang konsisten untuk melapiskan kastard.
  3. Masukkan secawan kastard, diikuti dengan lapisan kek yang pertama, penyekkan sedikit supaya lapisan kek tenggelam.
  4. Ulang langkah yang sama sehingga ke lapisan kastard yang terakhir.
  5. Sejukkan kek dalam peti ais.
  6. Terbalikkan kek di atas papan yang berplastik supaya kastard tidak melekat.
  7. Terbalikkan sekali lagi di atas papan yang cantik.
  8. Hiaskan keke lapis pandan tersebut menggunakan susu kocak, kelapa parut kering yang diwarnakan, dan bunga kek.
  9. Sedia untuk dijamu kepada seisi keluarga. =)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath - Anniversary

Suka