Anda pengunjung blog ke :

Isnin, 27 Disember 2010

Kuiz Kalkulator Terbakar


Objektif Kuiz Kalkulator Terbakar :

  1. Menggalakkan pengiraan mental akibat kalkulator yang terbakar.
  2. Aktiviti untuk para guru gunakan ketika slot set induksi, slot rekreasi Matematik, dan slot kelas ganti.
  3. Memupuk semangat cuba jaya dalam kalangan murid.
  4. Membina sifat ingin tahu murid.
  5. Mewujudkan murid-murid yang berfikir secara kreatif dan kritis.
  6. Melatih murid mencongak pantas.



Kuiz Kalkulator Terbakar SATU

Arahan :

Sila isi nombor 1 hingga 7 (satu nombor bagi setiap bulatan) ke dalam setiap bulatan supaya jumlah lurus ialah 12 dengan syarat tidak ada nombor yang berulang.
















Kuiz Kalkulator Terbakar DUA


Arahan :

Isi nombor 1 hingga 8 supaya nombor-nombor yang berjiran tidak berada di bulatan yang berjiran. Cth : nombor 7 tidak berada di sebelah bulatan nombor 8


















Kuiz Kalkulator Terbakar TIGA





Arahan :

Sila isi nombor 1 hingga 9 supaya jumlah nombor mengufuk adalah sama dengan jumlah nombor mendatar. Berapa jumlahnya?














Kuiz Kalkulator Terbakar EMPAT



Arahan :


Pada lilitan tiga bulatan besar, terdapat lima bulatan kecil pada setiap satunya.
Sila isi nombor 1 hingga 9 ke dalam bulatan kecil supaya jumlah pada bulatan besar menjadi 22.













Kuiz Kalkulator Terbakar LIMA




Arahan :


Sila susun nombor 1 hingga 9 ke dalam bulatan supaya setiap sisinya berjumlah 20 dengan syarat tiada pengulangan nombor dan nombor berjiran tidak boleh berdekatan.











Sumber : Koleksi 151 Rekreasi Matematik 1994

Khamis, 23 Disember 2010

Getuk Ubi

Ahha!! Assalamualaikum..

Bersama lagi dengan saya dalam rancangan.. Tuk-Tuk..(Bukan teksi kat Kemboja ya)

Tapi Tuk-Tuk, Getuk Ubi.

Hari ni saya akan kongsikan resepi turun temurun dari emak. Bak kata orang-orang tua, ilmu yang baik ni eloklah dikongsi. Manalah tau kot-kot manfaatnya boleh mendatangkan pahala berterusan kepada yang menyampaikan. =)


BAHAN-BAHAN :


  1. Ubi kayu (BUKAN ubi kentang, ubi keledek, atau kartunis ubi)
  2. Setengah sudu garam.
  3. Kelapa parut (sebiji kelapa)
  4. 6 sudu gula
  5. Tepung gandum
  6. Pewarna kuning
CARA-CARA :


Satu =




















Godok ubi / rebus ubi yang telah dikupas dan dipotong kecil di dalam periuk.

Masukkan setengah sudu penuh garam.


Dua =




















Ubi yang sudah siap direbus dibuang air rebusan dan ditumbuk.

Masukkan kelapa dan gula.
Gaul hingga sebati.

*Gambar ni nampak blur kerana penulis sengaja ingin menunjukkan sifat authenticnya iaitu dengan membiarkan lens kamera nampak berwap akibat kepanasan ubi yang baru direbus.



Tiga
=




















Bancuh tepung : Tepung 3 senduk + sedikit garam + air + pewarna kuning

Adunan dibulat-bulatkan.
Dicelup tepung dan digoreng seperti biasa.


Empat =




















Kuih getuk ubi siap digoreng dan sedia untuk dimakan.


Nota kaki :
  • Jangan menggoreng getuk ubi terlalu banyak dalam setiap gorengan supaya getuk ubi dapat mengembang dan masak dengan baik.
  • Jangan biarkan adunan terendam lama di dalam salutan tepung kerana ini akan mengurangkan rasa getuk ubi.
  • Ubi mestilah dari jenis yang baik dan tidak pahit.
  • Ubi kayu yang dijual di Simpang utama Felda Nitar 1 adalah ubi yang terbaik dalam daerah Mersing setakat ini.
~ Selamat Mencuba ~

Jom Kira Dividen ASB

Bertemu kembali.
Tahun 2010 semakin hampir melabuhkan tirainya.
Maka, ini adalah saat yang dinanti-nantikan oleh penduduk Malaysia.

Pada saat inilah, saman JPJ hanya perlu dibayar 50% sahaja.
Pada saat inilah orang mula berkira-kira jumlah cukai yang perlu dibayar untuk tahun depan.

Pada saat inilah, orang akan mula mencongak-congak dividen setiap bank yang bakal diperoleh.

Dividen? Apa tu? Bunyi macam divider je..

Mengikut apa yang saya faham,
Dividend is the interest paid on share.
Dividen merupakan pengagihan pendapatan dalam saham pelaburan.

Ok, saya a
kan terus fokuskan pada dividen bagi Pemegang Unit Amanah Saham Bumiputera sahaja yang dah tentunya untuk golongan Bumiputera sahaja.

Berikut merupakan kadar dividen dan bonus bagi tahun 2000-2010.

















Dividen dan Bonus ASB tahun 2000-2010

Dan berikut adalah cara pengiraan. Bagi mereka yang mempunyai jumlah simpanan belum cukup matang iaitu kurang dari 10 tahun, mereka hanya mendapat agihan pendapatan biasa sahaja.
Manakala mereka yang sudah menyimpan di ASB melebihi 10 tahun, mereka akan mendapat dividen dan bonus.

Berikut merupakan cara pengiraan dividen anda bagi tahun 2010.
Misal kata, jika simpanan ASB anda adalah berjumlah RM3500.

















Diharapkan perkongsian saya pada kali ini dapat membuka mata para pembaca untuk menceburkan diri dalam pelaburan ASB ini kerana ia mendapat jaminan kerajaan dan memberikan peluang mencari pendapatan tambahan.

Banyak lagi skim-skim pelaburan dan bank simpanan yang dapat memberikan pulangan yang baik kepada kita. Terpulanglah kepada anda untuk membuat pilihan yang bijak.

Akhir kata, selamat menabung. Sikit-sikit, lama-lama dapat duit.

Selasa, 21 Disember 2010




BETUL KE BOLEH BLINK?






OH MENARIKNYA!!!



pening sekejap

Krungu Karo Akeh (KKA)

Terbelit lidah menyebutnya : Krungu Karo Akeh
Maksud daripada ayat Bahasa Jawa ini adalah : Dengar Dengan Baik.

Manusia secara fitrahnya ada yang lebih suka mendengar,
ada yang lebih suka bercakap, ada yang lebih suka berfikir.

Ketiga-tiga ini jika digabungkan dipercayai mampu meningkatkan kemahiran komunikasi kita.

Tetapi sebelum memulakan perbuatan2 yang disukai itu, semunya harus dimulakan dengan kemahiran Suka Mendengar.

Sebagai contoh terdekat, saya seorang yang suka bercakap (bila diransang). Tetapi bila di rumah terutamanya pada cuti semester, situasi mula berubah. Posisi saya telah beralih kepada seorang pendengar. Dan saya mula mengesan kelemahan kemahiran asas diri saya iaitu : LEMAH KEMAHIRAN MENDENGAR.

Antara gejala-gejala LEMAH KEMAHIRAN MENDENGAR:
  1. Mendengar sesuatu bagai angin lalu.
  2. Kerap menyuruh seseorang mengulang semula ayat yang baru disebut.
  3. Mata tidak melihat orang yang bercakap sebaliknya melihat objek lain. ( cth: televisyen, komputer riba, siling rumah, kipas angin, dll)
  4. Gagal menunjukkan sebarang ekspressi muka yang sesuai.
  5. Tidak cuba memahami maksud dari kata-kata yang disampaikan.
  6. Lebih banyak angguk sahaja.
  7. Lambat memberi respon.
  8. Hanya membalas respon dengan bunyi.."ha" atau "a'ah".
  9. Melakukan perbuatan yang lain dari arahan yang diberi.
  10. Melarikan diri dari pihak yang sedang bercakap.!

Gejala-gejala seperti ini perlu diatasi untuk menjaga hubungan baik dengan subjek (orang) yg bercakap disamping meningkatkan mutu komunikasi. Jom lah kita baca tips kat bawah ni. =)


Langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjadi pendengar yang baik.




















Organ telinga, mata, dan muka adalah saling memerlukan dalam mencapai komunikasi yang berkesan.

  1. Wujudkan suasana yang mesra dalam perbualan atau interaksi.
  2. Dengar dengan teliti apa yang sedang diperkatakan.
  3. Berikan perhatian sepenuhnya.
  4. Berikan 'eye-contact' atau kontak mata.
  5. Lihat tepat ke dalam anak matanya.
  6. Anggukan kepala sebagai tanda gerak balas anda.
  7. Ikuti perbualannya dengan berkata, "ya…ya…aha", gitu".
  8. Cuba selami perasaan orang yang sedang bercakap dan hayati ceritanya.
  9. Ubah mimik muka anda seiring dengan perkara yang dipertuturkan. Misalnya, jangan pula sesuatu perkara yang sepatutnya anda terkejut tetapi anda buat tidak tahu pula.
  10. Elakkan dari mengkritik.
  11. Jangan menyampuk dan memotong cerita yang belum selesai.
  12. Susuli dengan soalan-soalan sebagai tanda yang anda memang mendengarnya dengan penuh minat.
  13. Ulangi apa yang dibicarakan sebagai tanda anda faham atau untuk memastikan apa yang anda fahamkan itu betul.
  14. Cuba bertindak pada perkara yang difikirkan betul.
Akhir kata, buang yang keruh, ambil yang jernih (erk..mcm x ada kaitan). Bersama perbaiki diri dan meningkatkan kemahiran mendengar bagi mereka yang kurang (saya lah tu).

-Krungu Akeh Ojo Kelalen-

*Sumber dari laman web INI.

What's better than having an iPhone? Well, an iPad of course! Stand a chance to win an iPad by creating your own #iPadApp that are both creatively and technologically feasible!

What's better than having an iPhone? Well, an iPad of course! Stand a chance to win an iPad by creating your own #iPadApp that are both creatively and technologically feasible!

Let's find your berry today! A few more hours of playing!! Woo hoo! #what berry are you?

Let's find your berry today! A few more hours of playing!! Woo hoo! #what berry are you?

Jumaat, 17 Disember 2010

Dah MAsuk! Dah MaSuk!

A : Dah masuk! Dah masuk!
B : Apa yang dah masuk tu A weh??
A : Dah hampir sebulan aku tunggu dia masuk..tapi tak masuk2..
B : Kenapa? Kau menang sijil premium BSN ke?
A : Hari-hari aku beli surat khabar. Hari2 aku bukak surat khabar online. Terbalas juga penantian aku.
B : Cepatlah cerita apa bendanya nih?
A : Oh, syukur2.. Akhirnya masuk surat khabar juga.
B : Ngko ni mcm suka je nak pelempang laju2 jurus ke 7 dari aku A. Baik ko cerita sebelum kena.
A : Ehhh, x nak..! Muka aku belum masuk insuran lagi. Kalau nak tahu.. Nah, pegi klik kt TULISAN BAWAH ICON ni. Selamat membaca. =)







KLIK SINI


* Skrip dan dialog adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kaitan dengan dunia nyata mahupun dunia maya. Sekian.

Rabu, 15 Disember 2010

Roti Manis Sedih

Dalam kesedihan..ingin saya kongsikan resepi baru yang saya belajar daripada emak petang tadi.

Nama makanan pada kali ini adalah Roti Manis.

Bahan-bahan :

1) 1/2kg tepung
2) Garam sepucuk sudu
3) 2 sudu : Susu tepung/ susu cair/ susu segar
4) 3 sudu gula kastor
5) 1 sudu marjerin
6) Yis (2 sudu dibancuh air)
7) Sebiji telur

Cara-Cara :

1) Gaul kesemua dan uli bahan sehingga adunan nampak cantik.
2) Doh dibulatkan kecil-kecil dan dibiarkan kembang sekejap (di bawah sinaran matahari).
3) Loyang disapu dengan minyak.
4) Adunan dibakar.
5) Sapu atas doh dengan marjerin selepas dikeluarkan dari ketuhar.
6) Makan je lah dgn air kopi ke...air teh ke..


Sebelum dibakar


Selepas dibakar


Kenapa saya bagi nama Roti Manis Sedih?
Jawapan : Sebab roti ini dibuat oleh orang manis yang sedang bersedih akbat kegagalan resepi.

Tapi mak cakap tak berapa gagal. Cuma terlebih marjerin je. Apa-apa pun..saya masih lagi bersedih kerana bersikap tamak marjerin. T_T

P/s: Sesiapa yang ada resepi roti manis yang lagi best, sudi2 kongsi dgn saya kt bawah ni ya..=)

Khamis, 9 Disember 2010

Tuol Sleng Genocide Museum


Tugu peringatan Muzium Pembunuhan Kaum Tuol Sleng. Di belakang tugu merupakan kubur 14 tahanan terakhir yang ditemui selepas kejatuhan Khmer Rouge.

Muzium Pembunuhan Kaum Tuol Sleng merupakan bekas pejabat keselamatan 21 telah dibina atas arahan Pol Pot (Sa Lut Sor) pada zaman 'Demokrasi Kampuchea'. Bangunan yang dibina pada 17 April 1975 juga dipanggil S-21 dan direka khas untuk penahanan, soal siasat, penyeksaan yang tidak berperikemanusiaan, dan tempat pembunuhan mangsa atau tahanan yang telah memberikan segala maklumat kepada orang2 Pol Pot.

Pemerintahan Pol Pot bermula dari tahun 1975 sehingga 1979. Setelah kerajaan mengambil alih tampuk pemerintahan pada 1979, mereka mula mengumpul bahan bukti di pejabat 21 seperti gambar, filrm, dokumen penakuan tahanan yang direkodkan, alat-alat penyeksaan, alat membelenggu tahanan, dan 14 mayat mangsa tahanan dan salah seorangnya adalah perempuan.

Muzium Pembunuhan Kaum Tuol Sleng seluas 600 x 400 m ini dikelilingi oleh 2 laipsan pagar besi berombak yang diletakkan kawat duri yang tebal. Bangunan asal pejabat 21 ini merupakan sekolah Rendah Tuol Sleng dan Sekolah Menengah Tuol Svay.

Selain itu orang2 Pol Pot juga memasang pagar yang sama di sekitar itu dari jalan 113 ke jalan 131 dan dari jalan 320 ke jalan 350 selepas menghalau penduduk bandar di sana berpindah ke perkampungan dengan tujuan perhambaan. Kawasan pada masa itu menjadi seolah-olah PENJARA tanpa dinding!

Maka bermulalah transformasi daripada sebuah SEKOLAH yang penuh dengan gelak tawa kanak-kanak yang gembira mencari ilmu kepada sebuah NERAKA penyiksaan yang penuh dengan jeritan tahanan-tahanan yang diseksa.


Pelbagai jenis alat penyeksaan.

Bilik darjah telah berubah menjadi sel-sel kecil bersaiz 0.8 x 2 m sebagai penjara individu. Bahagian depan bangunan ditutupi oleh jejaring berkawat duri untuk mengelakkan tahanan daripada membunuh diri dengan cara terjun dari bangunan.


Bangunan C


Bangunan B dan C

Terdapat 4 bangunan; A, B, C, dan D. Bangunan A telah diubahsuai menjadi bilik bersaiz 6x4m setiap sel. Tingkap sel telah dipanel dengan kaca untuk mengurangkan bunyi tahanan yang menjerit akibat diseksa. Bangunan ini khas untuk pemimpin-pemimpin yang bangkit menentang pemerintahan Pol Pot. Sel mereka dilengkapi dengan katil, selimut, bantal, tikar, dan bekas untuk membuang air.

Bangunan B, C, dan D : Bilik di aras tanah telah dibahagikan kepada sel-sel kecil. Ada yang dibahagikan oleh batu-bata dan ada yang dibahagikan oleh kayu-kayu hitam sahaja dan menjadikan sel-sel itu seperti kandang kecil. Bilik di tingkat 2 dan 3 telah dijadikan tempat penjara beramai-ramai.

Tiang kayu yang dulunya dijadikan alat untuk pendidikan Jasmani telah berubah menjadi mesin penyiasatan dan penyiksaan oleh Pol Pot. Tangan tahanan diikat kebelakang dan ditarik ke atas ke bawah berulang kali sehingga tahanan pengsan. Apabila tahanan pengsan, kepala mereka akan direndam ke dalam air untuk diseksa dan disiasat semula.

Bagi mengukuhkan pertahanan dan keselamatan, 1684 pekerja diupah dan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu di pejabat S-21 Tuol Sleng, Kor di Ta Khmao, dan Khor di Prey Sor, Barat Phnom Penh.

Pejabat ini bersambung khas dengan pihak berkuasa tempatan dan kementerian pertahanan Khmer Rouge. Pejabat S-21 telah diketuai oleh Kang Kek Lev (Duch), yang merupakan bekas guru Matematik.

Berikut merupakan statistik tahanan dari tahun 1975 hingga Jun 1978:
1975 : 154 tahanan
1976 : 2250 tahanan
1977 : 2350 tahanan
1978 : 5765 tahanan

Bilangan di atas tidak melibatkan jumlah kanak-kanak yang dibunuh dan dianggarkan sejumlah 20 000 kanak-kanak telah dibunuh! Tahanan biasa hanya bertahan 2 hingga 4 bulan manakala tahanan dari golongan orang politik akan bertahan 6 atau 7 bulan sebelum dibunuh.



Tempat penyeksaan tahanan. Kotak ini akan diisi dengan air atau bahan-bahan lain dan tahanan akan direndam dan diseksa di dalamnya.



Juga merupakan tempat penyeksaan. Seksaan akan dibuat seperti illustrasi di bawah.


Hanya 1 illustrasi bentuk seksaan sahaja yang dapat dipaparkan kerana illustrasi yang lain mengandungi unsur 18SG yang terlampau.

Pada masa inilah negara Kemboja telah kehilangan 3 juta rakyatnya dan ini juga menjadi punca kemerosotan penduduk beragama Islam pada zaman pemerintahan tersebut dan kini hanya meninggalkan 5% sahaja warga Islam di sana.

Muzium ini dibuat sebagai tempat penyimpanan bukti kekejaman zaman Khmer Rouge serta bertujuan untuk mengelakkan kebangkitan Pol Pot yang baru daripada menjajah bumi Kemboja dalam usaha untuk membina negara yang kuat dan adil.

* Janji untuk memaparkan post Genocide Muzium sudah tertunai. Bulu roma penulis sentiasa meremang semasa berjalan di sekitar muzium ini. Penulis sangat terkejut, tergamam, dan sedih apabila terbayang kekejaman demi kekjaman yang telah mereka lakukan sepanjang melawat muzium ini.

Sama-samalah kita berdoa supaya Malaysia sentiasa aman dan tidak jatuh ke tangan-tangan pemimpin yang kejam dan zalim supaya kita semua dapat hidup dalam sebuah negara yang makmur dan selamat. Amin.

Selasa, 7 Disember 2010

Mari Belajar Bahasa Jawa - Siri 6

Assalamualaikum. Ya, mari..mari.. Kita sambung lagi pelajaran kita pada malam ini. Sudah tentunya dalam slot belajar Bahasa Jawa Siri 6. Tajuk kali ni adalah tentang haiwan. Nama-nama haiwan dalam Bahasa Jawa amat unik.

Menurut sumber, Hajah Manisah Binti Wadiyo (gambar di bawah), beliau bukanlah anak jati dari tanah Jawa dan hanya bapanya sahaja yang berketurunan Jawa. Namun, beliau berusaha mendalami bahasa ini daripada akak iparnya, Murtiah semenjak menjadi suri hidup Haji Isnin Bin Baderun.


Ok, panjang pula bercerita, jom kita mulakan.
Seperti biasa, kita ada petunjuk (Hidayah):
Baris 1 : Bahasa Jawa
Baris 2 : Bahasa Melayu
Baris 3 : Bahasa Inggeris

1)
ULER
ULAT
WORM


2)
BAJING
TUPAI
SQUIRREL


3)
GEMBELOK / SABEN
KHINZIR
PIG


4)
KINJENG
PEPATUNG
DRAGONFLY / DAMSELFLY


5)
KETEK
MONYET
MONKEY


6)
WALANG KADUNG
MENTADAK MENTADU
PRAYING MANTIS



7)
KELARAK
LIPAS
COCKROACH


8)
KELABANG
LIPAN
CENTIPEDE


9)
TUMO
KUTU
TERMITE


10)
KAMPRET
KELAWAR
BAT


11)
KODOK
KATAK
FROG


12)
WEDOS / BANDOT
KAMBING / KAMBING JANTAN
GOAT


13)
BEBEK
ITIK
DUCK


14)
IWAK
IKAN
FISH


15)
MACAN
HARIMAN
TIGER


16)
ASU
ANJING
DOG


17)
JANGKERIK
CENGKERIK
CRICKET BUG


18)
MANOK
BURUNG
BIRD

19)
WALANG
BELALANG
GRASSHOPPER


20)
TAWON
TEBUAN
BEE

Isnin, 6 Disember 2010

Peristiwa 2011

Pejam..celik.
Pejam..celik.
Ada yang pejam tak celik celik.
Ada yang pejam, celik, tapi nampak masih lagi pejam.
Ada yang celik, tapi nampak mcm pejam sbb orang tu mata sepet.

Rupa-rupanya
2011 hampir menginjak, lebih kurang 25 hari sahaja lagi.
1431 H pun baru sahaja meninggalkan kita.
Perancangan demi perancangan harus dilakukan.
Sebelum merancang pasti kena lihat kalendar.
Bila cuti, bila mula kerja, bila mula belajar.
Nah, kat sini saya dah tapis tarikh-tarikh penting khas untuk semua.

______________________________________________

2/3 Januari : Naik cuti sekolah
3-4 Februari : Cuti Raya Cina
15 Februari : Maulidurrasul
12-20 Mac : Cuti sekolah
17 Mei : Cuti Hari Wesak
28 Mei - 12 Jun : Cuti Sekolah lagi
1 Ogos : Awal Ramadhan
27 Ogos - 4 September : Cuti sekolah lagi dan lagi
17 Ogos : Nuzul Al-Quran
30 Ogos : Hari Raya Aidilfitri
31 Ogos : Hari Merdeka
16 September : Hari Malaysia
26 Oktober : Cuti Raya Deepavali
6 November : Hari Raya HAji
19 November : Cuti sekolah bermula lagi!
27 November : 1 Muharam 1433H

* Bersyukurlah tinggal di Malaysia kerana di Malaysia ada banyak cuti. Asalkan ada perayaan sahaja, semua orang akan bercuti. Kat negara lain ada ke cuti sebanyak ni? Jawablah sendiri..Jumpa lagi! =)

Selamat datang 1432 H



Selamat menyambut tahun baru Hijrah saya ucapkan buat semua.
Tahun ini, Malaysia telah memilih slogan '1 Malaysia, 1 Ummah' untuk sambutan pada tahun ini.

Berdasarkan maklumat yang saya dapat dari laman web INI, Istilah ummah digunakan dalam Islam bagi membezakannya dengan istilah sya’b, qaum dalam bahasa Arab yang bererti masyarakat dan kaum.

Dalam Islam, konsep ummah bermaksud masyarakat universal yang dianggotai oleh berbagai jenis kaum dan bangsa disatukan oleh komitmen masing-masing terhadap Islam. Oleh itu, setiap individu Muslim secara otomatik, mahu tidak mahu, adalah seorang anggota dalam kesatuan Umat Islam. Dalam erti kata yang lain iman dan tauhid adalah faktor penyatuan dan bukan lagi warna kulit, bahasa dan bangsa.

Dengan slogan dan definisi yang telah saya garap, saya berharap semoga dengan slogan pada kali ini, masyarakat di Malaysia akan mula melihat bahawa Islam adalah agama yang boleh dianuti oleh semua tanpa mengira bangsa, warna kulit, atau kaum.

Bercerita mengenai tahun baru, saya amat teruja untuk berkongsi azam tahun baru saya pada ruangan ini. Nak baca boleh, tapi saya tak sarankan kerana azam ini hanya sebagai ingatan untuk saya sahaja.

9 Azam :
1) Menghabiskan sisa-sisa pengajian selama 5.5 tahun dengan aman.
2) Mengharungi praktikum akhir dan internship dengan penuh keceriaan.
3) Melaksanakan tugasan dengan lebih komited.
4) Tidak tangguh kerja.
5) Tidak menolak rezeki.
6) Mempertingkat amal dan hubungan dengan tuhan.
7) Mengurangkan berimaginasi @ merepek kosong.
8) Memperbaiki hubungan sesama manusia.
9) _____

Semoga azam bukan sekadar azam. Kalau 50% tercapai pun Alhamdulillah.

Ahlan Wa Sahlan Ya Muharam~

Hello Kampuchea! (Penutup)

Ni cerita bila dah sampai Malaysia.
Mendarat je kapal terbang kt dek dia, saya terus menghidupkan telefon bimbit utk telefon mak, nak cakap dah sampai.
Balik naik bas IPG KTI dari KLIA. Pak Cik Dolah dan sahabat dah tunggu.
Semua orang buat cubaan nak naik bas ikut pintu pemandu bas.
Walhal punya lah besar pintu masuk utama bas. Kenapa ek? Sendiri jawablah. Ha3!!

Sebuah pengalaman yang cukup berharga dan menginsafkan.
Mungkin saya akan kongsi cerita pasal sekolah kat kemboja dengan anak2 murid (masa praktikum 3).
Itu pun kalau diorg malas belajar bebenau.

Kalungan ucapan terima kasih kepada mereka yang telah banyak menyumbang pakaian, wang, dll khas untuk misi Solidariti kami. Khususnya buat warga KOLEJ KEDIAMAN BLOK E!! (*tepuk tangan!). Kerana saya boleh umpamakan jumlah sumbangan pakaian anda adalah bagaikan sejumlah modal untuk membuka satu lot kedai bundle. =)

Jutaan terima kasih buat sahabat Solidariti terutamanya Hazwan (dia yang jemput saya sertai misi ini walaupun saya mcm dah nak tarik diri saat2 akhir) dan rakan-rakan lain : Malek, Syaiful, Sahak, Sapik, Emien, Hasmie, Faris, Syafiie, Uqbah, Fini, Dayana, Yana, Kak Lina, Rubini, dan Najua.

Sekalung Penghargaan juga buat pensyarah-pensyarah yang mengiringi perjalanan ini:
Haji Baharum Bin Sulman
Haji Md Hatta Bin Md Noor
Haji Othman Bin Mustaffa
Encik Zainal Bin Mohd Amin
Encik Muhammad Bin Basar
Encik Khushairi Bin Fadzal
Encik Ahmad Puad Bin Aris
Ustaz Mohd Yusoff Bin Dagang
Haji Md Nordin Bin Monel

Dengan adanya mereka semua, saya tidak perlu risau apabila menjejakkan kaki di sana. Mereka menjadikan saya mampu melangkah dengan yakin walau hanya berbekalkan 1 dollar di poket.

Untuk memeiliki peluang seperti ini lagi..saya tidak pasti..
Kerana saya perlu kumpul duit lagi, ikat perut lagi, buat pakatan dengan akak saya lagi,
pasang strategi lagi, buat dosa kering lagi. Ish..banyak sangat kena buat..

Tapi apa yang penting, setiap peluang yang saya miliki ini patut saya kenangi dan hargai.
Akhir kata, salam 5% warga Islam Kemboja untuk anda.
Sama-sama kita doakan agar jumlah 5% akan meningkat lagi pada masa akan datang. Amin..

Khamis, 2 Disember 2010

Hello Kampuchea! (Hari 6)

Selasa, 23 November 2011

9.00 pagi
Bertolak ke Phnom Penh airport
Nama pada tahun 1980= Po Chen Tong airport

10.30 pagi
Sempat meminta lagu hit kampuchea dari Cheng Vandha, pekerja lapangan terbang.

12.15 tgh
Berlepas ke Malaysia

2.00 ptg (WM):
Mendarat di Malaysia

Hello Kampuchea! (Hari 5)

7.30 pagi (WM), 6.30 pagi (WK):
- Sarapan di d'Wau Restaurant.

9.30 pagi (WM), 8.30 pagi (WK):
- Bertolak pulang ke Phnom Phen.
- Bas pelancong ditahan oleh polis 2nd hand. Ditahan 3 kali. Sekali tahan mesti bayar $5.

1.45 ptg (WM), 2.45 ptg (WM):
Makan di cafe malaya

2.30 ptg (WM), 3.30 ptg (WK):
Membeli belah di Central Market.

4.30 ptg (WM), 5.30 ptg (WK):
Pulang ke hotel

6.30 malam (WM), 7.30 malam (WK):
- Solat di Masjid Jamek Dubai, Phnom Penh.
- Bertemu dengan Hajah Hajar (isteri imam masjid jamek). Fasih berbahasa Melayu.
- Masjid yang bakal direnovate tapi tak tahu bila. Siling bocor, lampu sebiji, eletrik pinjam dari bangunan sebelah.
- Sejarah masjid :
Merupakan masjid antarabangsa.
Tahun 60-an = General Lenol ambil masjid dari orang kampuchea untuk pusat menyimpan senjata.
Zaman Pol Pot = Tempat simpan garam dan hasil-hasil pentadbiran.
Pernah menjadi disko dan kelab malam. Mimbar pernah menjadi tempat menari perempuan disko.
Pertubuhan Islam luar negara bersepakat memohon semula bangunan tersebut untuk dijadikan masjid.
Orang Kuwait bagi dana.
Rentetan terlalu banyak pemimpin masjid akhirnya masjid tidak direnovate sehingga kini.

7.30 malam (WM), 8.30 malam (WK):
- Makan malam di Bubble Tee Cafe

9.00 malam (WM), 10.00 malam (WK):
- Menaiki tuk-tuk
- Melihat kosert orang kampuchea semperna pesta perahu di Phnom Penh

11.30 malam (WM), 12.30 malam (WK):
Balik ke Golden Stadium Hotel.

Rabu, 1 Disember 2010

Hello Kampuchea! (Hari 4)

Ahad, 21 November 2011, 14 Zulhijjah 1431

8.00 pagi (WM), 7.00 pagi (WK):

- Menuju ke Kampung Stenghai , Siem Reap.
- Bersarapan di Muslim Family Restaurant
- Pemilik restoran : Ustaz Haji Musa, Mufti Siem Reap.
- Sumbangan wakaf perigi dan pakaian
- Bertemu dengan Haji Yusof, imam di Masjid Siem Reap.


1- Masjid Kg Stengmai, Siem Reap. 2 tingkat. Ruang solat wanita di bahagian atas.
2 & 4 - Madrasah Qamaruddin Al-Islamiah, Kg Stengmai, Siem Reap
3 - Muslim Family Restaurant. Pemilik resoran : Ustaz Haji Musa, Mufti Siem Reap.


Kontinjen Solidariti bergambar kenangan sebelum meninggalkan Kampung Stengmai.

10.15 pagi (WM), 9.15 pagi (WK):

- Mendapat tourist guider ke 2 : Mr Sophian.
- Melawat Angkor Watt.
- Ambil gambar untuk tiket.
- Bayaran sekali masuk untuk sehari adalah $20
- Melawat candi ke 2. Berlokasi di tengah-tenga hutan. Masuk percuma.


1 - Bersama rakan-rakan Solidariti dan pensyarah di hadapan tasik Angkor Wat.
2 - Tasik Angkor Wat.
3 - Perpustaakaan. Tempat pengumpulan buku-buku ilmu di zaman dahulu. Buku-buku merupakan sumbangan dari negara India dan China.
4 - Kawasan timur Angkor Wat.


1 - Bangunan di sini amat dipelihara dengan rapi keasliannya.
2 - Tingkat tertinggi dalam binaan Angkor Wat. Tidak dibenarkan naik kerana proses baik pulih sedang dijalankan.
3 - Kawasan yang paling tengah Angkor Wat yang bercabang ke utara, timur, selatan, dan barat.
4 - Echo Room atau bilik gema. Raja pada zaman dahulu akan bersandar pada dinding ini, memukul dadanya untuk mendengarkan gemaan pukulan di segenap ruang bilik tersebut. Motif perbuatan : Tak dapat dikenalpasti, mungkin salah satu cara mempamerkan kuasa kepada rakyat.


1 - Melawat Candi ke dua yang terletak di dalam hutan. Perjalanan ditemani dengan persembahan kugiran dari mangsa2 letusan gunug berapi. Salah seorang pensyarah sedang memberikan derma.
2 - Candi yang menjadi lokasi lakonan Angelina Jolie dalam filem Tomb Rider.
3 - Banyak pokok unik di mana akarnya bermula dari atas bumbung, menganjur ke tanah dan terus meninggi ke atas.
4 & 5 - Bangunan candi yang besar tetapi mempunyai pintu yang kecil-kecil belaka.
6 - Ukiran patung-patung senyum yang semakin ditutupi oleh akar pokok. Tahun depan mungkin kita dah x dapat lihat dah senyuman patung ni.
7 - Kawasan candi yang paling tengah.

2.00 ptg (WM), 1.00 tgh (WK):

- Makan di Famili Restaurant

2.45 ptg (WM), 1.45 tgh (WK):

- Pulang ke hotel, berehat, solat.

5.00 ptg (WM), 4.00 ptg (WK) :

- Ke perkampungan air di Tonle Sap.
- Tonle = tasik, Sap = Air segar
- Kanak-kanak yang sangat berdikari.
- Ramai peminta sedekah.
- Menjalankan perniagaan di dalam perahu, rakit, bot, dll.


1- Jeti untuk ke perkampungan air, Tonle Sap.
2- Rumah-rumah di perkampungan Air Tonle Sap.
3- Jangan fokus pada gambar saya, tetapi sila lihat kenderaan yang kanak-kanak ini gunakan untuk meluncur di air. Hanya sebuah polistrin ikan!
4- Berdayung hanya dengan menggunakan periuk keluli.
5- 2 kanak-kanak yang cuba meminta sedekah menggunakan modus operandi bot dan ular.
Gambar 3, 4, & 5 merupakan kanak-kanak peminta sedekah di Tasik Tonle Sap.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath - Anniversary

Suka