Anda pengunjung blog ke :

Isnin, 29 November 2010

Hello Kampuchea! (Hari 3)

Hari ke 3 bertarikh 20 November 2010 dan setelah 2 hari berada di Phnom Penh, kami mula berkemas untuk ke Siem Reap. Beg-beg yang besar macam nak pergi mekah semua kami tinggalkan di Golden Stadium Hotel. Beg biasa-biasa je yang kami bawa. Perjalanan dari Phnom Penh ke Siem Reap adalah sejauh 420km. Terdapat banyak perbezaan yang ketara antara 2 bandar ini..

8.30 pagi (WM), 9.30 pagi (WK):

- Bertolak ke Siem Reap.
- Berbekalkan RM302, $302, 14 300 riel.
- Kawasan sawah padi di sepanjang perjalanan.
- Rumah yang dibina sangat kurus tetapi bertingkat-tingkat. Kenapa? Ini kerana, saiz tanah yang yang dibeli amat kecil, kiri-kira 24m x 27m. Bila rumah dah kecil..mcm mana nak jadikan rumah nampak besar dan banyak bilik? Caranya adalah dengan menambahkan bilangan tingkat rumah.



1- Pokok bunga teratai berlatar belakangkan sawah padi nan terbentang luas menemani kami di sepanjang perjalanan ke Siem Reap. Indahkan? SubhanAllah.
2- Pasukan Solidariti berhenti sebentar untuk menikmati buah teratai.
3- Gerai jualan buah teratai.
4- Buah teratai dan isinya. Rasanya seperti umbut kelapa. Tapi jgn makan bahagian isi yang berwarna hijau kerana rasanya pahit.

10.00 pagi (WM), 9.00 pagi (WK):

- Singgah di R&R Kemboja.
- Ada jual buah-buahan, serangga-seranggaan, kanak-kanak peminta sedekah.
- Ada 2 restoran.
- Ada yg makan lemang katak. Saya nak sebut nama si pemakan katak tu x patut pula kerana mungkin ramai yang dah tau. Tapi kepada peserta Solidariti yang lain, jangan fikir anda selamat kerana anda pun dah cuil-cuil lemang2 tu.. Enak kan?? haha..wekkk~
- Ada kanak-kanak jual buah dgn cara psiko. Antara petikan ayat ialah : "you promise to buy from me sir", "please miss, 1 dollar only", "If you not buy..I will cry".



Antara makanan yang dijual di R&R tersebut adalah ubi itik, pelam, nenas, limau, nangka. Yang saya sebut tadi yang biasa je. Yang luar biasanya, dia ada jual labah-labah sira lada, cengkerik goreng, belalang garing, dan kumbang salai. Nyum2..sedap tak?

12.00 tgh (WM), 11.00 pagi (WK):

- restoran tepi tasik
- ambil gambar
- meninjau souvenier
- berhibur dalam bas (antara kami, pensyarah, pemandu pelancong, dan pemandu bas je yang tahu)




1 - Sawah padi di sepanjang perjalanan.
2 - Tempat beribadat penganut Buddha juga banyak terletak di tepi-tepi jalan.
3 - Perahu unik di tepi tasik
4 - Restoran di tepi tasik

2.00 ptg (WM), 1.00 tgh (WK):

-Tiba di Siem Reap
-Makan di d'Wau Restoran (pemilik bernama Mak Cik Aishah)

3.40 ptg (WM), 2.40 ptg (WK):

-Mendaftar masuk di Ta Phrom Hotel
-Hotel yg banyak patung Buddha dan patung gajah

4.45 ptg (WM), 3.45 ptg (WK):

- Berjalan di kedai-kedai Siem Reap.
- Terjumpa kedai urut, kedai bersihkan kaki pakai ikan, night market.

6.00 ptg (WM), 5.00 ptg (WK):

- Merasai pengalaman menaiki tuk tuk
- 30 minit = $ 5.00
- nama pemandu tuk tuk : Nirai

8.30 mlm (WM), 7.30 mlm (WK):

- Makan malam di d'Wau restoran (restoran halal masakkan Malaysia)
- Untuk pengetahuan, hanya ada 2 sahaja kedai yang menjual makanan halal di Siem Reap.



1- Papan tanda d' Wau Restoran
2- Makanan tengahari kami
3- Ta Phrom Hotel
4- Keindahan bilik dalam hotel Ta Phrom


1 & 2 - Panorama di luar Hotel Ta Phrom.
3- Pemandu tuk tuk saya dan rakan.
4- Mak Cik Cleaner jalan. Ni lah rahsia2 tersendiri bandar Siem Reap. Kenapa dia nampak bersih je masa lalu kan.. Ni sume sebab ada mak cik cleaner macam ni lah. Good job!

_________________________________________

Apa Yang Telah Saya Lihat Dan Lalui :

- Bandar Siem Reap sangat berbeza dengan bandar Phnom Penh. Ini kerana :

Phnom Penh : Bandar perniagaan, susun atur bandar yang tidak begitu kemas, bandar yang kurang bersih, penduduk dan pengguna jalan raya yang lebih agresif.

Siem Reap : Bandar pelancongan, susun atur bandar yang lebih kemas kerana wujud sedikit lambat dari Phnom Penh, bandar yang bersih dan cantik, penduduk dan pengguna jalan raya yg lebih berhemah.

- Kanak-kanak yang dilatih untuk menjual barangan, makanan, dll secara menekan psikologi pelancong. Tapi itu sebenarnya lebih baik daripada meminta sedekah tanpa berusaha melalui bekerja.

- Makanan kategori serangga yang nampak enak. Labah-labah tersebut juga digunakan sebagai jualan utk binatang peliharaan.

Pengajaran Yang Ingin Saya kongsikan :


- Kenal pasti dahulu makanan yang ingin dibeli sama ada bersih, selamat, atau halal. Huhu..

Sabtu, 27 November 2010

Jasa Jurunikah Dihargai

26 November 2010-Mersing, Jasa kesemua penolong pendaftar nikah (jurunikah) dan juga bekas jurunikah mendapat pengiktirafan oleh Kadi Besar negeri Johor, pada majlis

MUZAKARAH PENOLONG PENDAFTAR NIKAH (JURUNIKAH)NEGERI JOHOR TAHUN 1432H / 2010 M



Haji Imam Isnin Bin Baderun menerima persalinan pakaian, plak, dan sijil sebagai mengenang jasa beliau sebagai penolong pendaftar nikah dari tahun 1975 sehingga 2006. Hadiah disampaikan oleh kadi besar Johor diiringi oleh Kadi daerah Mersing, As-Syeikh Hj Baharain Bin Hj Jalal.



Haji Zakaria Bin Yahya, kini bertugas sebagai jurunikah zon penyabong telah menerima sebuah brifecase dan sijil. Hadiah disampaikan oleh kadi besar Johor diiringi oleh Kadi daerah Mersing, As-Syeikh Hj Baharain Bin Hj Jalal.



Barisan jurunikah dan bekas jurunikah daerah Mersing bergambar kenangan sebelum Muzakarah ditamatkan.

Jurugambar : Abdul Rahim Isnin
Wartawan : Nurul Hidayah Isnin

Jumaat, 26 November 2010

Hello Kampuchea! (Hari 2)

Program Solidariti IPG KTI ke Bumi Kemboja diteruskan lagi pada hari kedua iaitu
bertarikh 19 November 2010, hari Jumaat. Kali ini, matlamat kami adalah untuk menyempurnakan misi wakaf perigi dan korban di 2 buah perkampungan Islam.

Petunjuk Gambar:
1- kiri atas
2- kanan atas
3- kiri bawah
4- kanan bawah

8.30 pagi (WM), 7.30 pagi (WK) :

- Sarapan di cafe Golden Stadium Hotel
- Melalui tebing Sacom yang cantik di pagi hari. SubhanAllah.
- Pergi tukar duit riel di kedai pengurup wang. Sangat tenang meletakkan wang di dalam almari kaca tanpa ada ciri-ciri keselamatan yang khusus.
- Matawang : RM 3.20 = $1 = 4000 riel
- Singgah di kedai runcit di kampung Kilomat.
- Melawat majlis perkahwinan orang Kemboja. Menu makanan nasi putih dan lauk pauk. Sambutan sama sepeti di Malaysia ; ada pelamin, ada kanopi, perhiasan kanopi dia lain sikit. Berbual dengan salah seorang ahli keluarga yang fasih berbahasa Melayu kerana pernah belajar di Malaysia. Tidak mensia-siakan peluang dengan bergambar bersama pengantin perempuan.
- Menyedari budaya memotong kenderaan. Biasanya mereka akan membunyikan hon sebanyak dua kali sebelum memotong. Berbeza sekali d Malaysia di mana mereka menggunakan hon sebagai cara untuk menzahirkan kemarahan dan perasaan terkejut.
-Menuju ke kampung bagi program korban yang seterusnya.
-Sawah padi dan rumah yang bertiang sangat tinggi di sepanjang perjalanan. Rumah-rumah di sana dibina tinggi sebagai persediaan untuk menghadapi banjir yang besar.



1- Sacombank = tebing Sacom. Ada 2 orang sami bersiar-siar.
2- Kedai pengurup wang. Tengok tu..bersahaja je dia letak duit2 riel di almari kaca LUAR kedai.
3- Kanopi untuk tetamu yang sangat berwarna warni dan meriah.
4- Bergambar dengan pengantin perempuan yang berusia 18 tahun. Iri hati juga sy bila lihat pengantin perempuan ni muda2 dah kahwin dulu dari saya. =)


1- Tuk-tuk bersaiz besar. Motor pun sisi besar. Boleh bawa lebih ramai orang. Bayaran pun lebih besar. Mungkin kenderaan ni ada nama lain tapi saya tak sempat nak tanya.
2- Tuk-tuk yang ni khas untuk musim summer agaknya. Sebab dia tak ada bumbung. Tapi dia boleh bawa lebih ramai penumpang dari yang gambar nombor 1.
3- Cantik kan kenderaan ini? Tapi ia bukan tuk-tuk. Bukan juga kereta berhias untuk perarakan. Kenderaan khas ini digunakan untuk membawa mayat beragama Budhha.
4- Teksi motor. Dengan selamba boleh membawa penumpang mencecah angka 4 orang!! Akan membunyikan hon sebagai cara pelawaan untuk penumpang menaiki teksi mereka.
5- Motor. Motor biasa. Sendirian berhad. Tidak bertindak sebagai teksi. Motor Honda adalah antara motor yang terkenal digunakan.

11.15 pagi (WM), 10.15 pagi (WK) :

-Tiba di Kampung Chukronyam.
-Bilangan penduduk Islam seramai 308 orang.
-Jalan masih bertanah merah.
-Madrasah ada 2 kelas sahaja. Tidak ada kipas dan lampu. Hanya ada kayu yang menjadi meja guru, beberapa tingkap, meja murid yang dikongsi 3 orang untuk satu meja, asrama pelajar lelaki yang sangat kecil.
-Melaksanakan korban sebanyak 2 ekor lembu dan 2 wakaf perigi.
-Dijamu makan oleh guru-guru madrasah. Lembu masak gulai dan sayur pucuk ubi kuning.
-Lelaki solat jumaat berjemah di Masjid Nurul Huda. Saya dan sahabat, liyana menumpang sembahyang di rumah salah seorang penduduk kampung. Nama mak cik tu saya tak ingat sebab lupa nak tulis. Nama dia terlalu unik untuk saya ingat.
-Rumah mak cik tu tak ada bilik. Hanya ada dua katil besi yang tak bertilam. Dapur mereka ada di pondok luar rumah. Bilik air di luar. Guna alat pam air bawah tanah dan bilik air hanya berdinding sehelai kain.


1- Masjid Nurul Huda
2- Kanak-kanak dan kaum wanita berkumpul di sini. Saya bependapat bahawa ini juga merupakan tempat rewang mereka.
3- Haji Mohd Nordin Bin Monel menyampaikan ucapan dan diterjemahkan kepada Bahasa Kemboja oleh guru Bahasa Inggeris madrasah. Antara petikan ucapan beliau "kami bukan orang kaya. Kami datang atas kesedaran untuk membantu 5% orang muslim di negara ini. Segala yang kami ada seperti kepakaran, ilmu, kemahiran, dll insyAllah kami akan berikan dan kita akan kongsi bersama.." perh..stylo la ucapan beliau. Tersentuh hati saya tatkala mendengar ucapan beliau.
4- Saya dan penduduk2 kampung Chukronyam.


Pam air bawah tanah yang digunakan untuk mengambil wudhuk di masjid.


1- Salah sebuah kelas di madrasah Ihyauddin.
2- Asrama pelajar lelaki madrasah. Dilabel mengikut huruf. Sangat kecil dan mendetikkan rasa kesyukuran tehadap sistem pendidikan dalam kehidupan saya.
3- Bangunan madrasah ni kalau dicat sedikit mesti akan nampak lebih berseri.
4- 5 orang tenaga pengajar madrasah. Memang ada 5 orang sahaja. Kebanyakkan mereka adalah lulusan Universiti Al-Azahar dan Universiti di Malaysia. Gaji bulanan $50.


Rumah tempat saya tunpang sembahyang zohor.

1.45 tgh (WM), 12.45 tgh (WK):

- Sampai di Kampung Ousandhan.
- Berkenalan dengan penduduk kampung Ousandhan.
- Sumbangkan wakaf perigi dan korban lembu.
- Minum air kelapa.


1- Kami dijamukan dengan air kelapa segar dari pokok. *orang bangla sedang belajar ambil isi
kelapa muda.
2- Bersama mak cik Sifuah, mak cik Maisam, dan mak cik Aishah
3- Masjid Kampung Ousandhan
4- Majlis korban lembu

6.00 ptg (WM), 5.00 ptg (WM):

- Melawat Genocide Museum Tuol Sleng (Former Security Office S.21)


1 & 2 - Bangunan sekolah yang telah menjadi tempat penyiksaan rakyat di zaman pemerintahan Pol Pot.
3 - Bangunan ini telah diiktiraf oleh UNESCO.
4 - Alat-alat penyiksaan yang amat kejam.
*Sejarah Genocide Museum akan saya ceritakan pada post yang akan datang.

___________________________________________________
Apa yang telah saya lihat dan lalui:

- Fungsi hon kenderaan yang telah digunakan dengan baik oleh penduduk Kampuchea. Saya harap Malaysia boleh ikut cara ini.

- Guru-guru madrasah yang sanggup berkorban menjadi pendidik untuk anak-anak Islam di sana. Bayangkan dengan gaji $50 bersamaan RM150 sebulan... Saya rasa mereka layak untuk dapat lebih dari itu bersandarkan pada kelulusan mereka. Tapi mereka tak kesah dengan duit. Matlamat mereka amat jelas iaitu tidak mahu anak-anak Islam dia Kemboja tidak terus terpinggor dari sistem pendidikan khususnya ilmu agama Islam. Perkara ini memang sangat dikagumi oleh saya.
Dan untuk pengetahuan anda, gaji mereka ini adalah atas bantuan golongan NGO Islam dan bukannya dari kerajaan pusat.

- Budaya menghormati tetamu. Budaya ini sangat dapat dilihat pada setiap kampung yang kami pergi. Menjamu kami dengan makanan, air kelapa. Dan tak lupa juga budaya yang ditunjukkan oleh mak cik yg saya dah buat foul (cerita hari 1). Kalau ikutkan cerita memang saya nampak sangat teruk kerana meminta yang bukan-bukan. Tetapi jika dilihat dari sudut lain, mak cik tu memang sangat besungguh-sungguh dan gembira dapat mencarikan saya air sehingga membawa air mineral sedozen. Nah, nampak tak? Mereka semua amat menghormati tetamu dan amat gembira menerima kunjungan kami.

- Selama ini saya tak ambil kisah pun peristiwa penjajahan Pol Pot. Tetapi setelah berkunjung ke Genocide Museum, hati saya tak berhenti-henti mengeji perbuatan Pol Pot dan saya mula terbayang-bayang kekejaman cara penyiksaan Pol Pot terhadap rakyat sampailah saya balik semula ke hotel. Pol Pot jahat!!

Pengajaran yang ingin saya kongsikan:

- Mendidiklah anak bangsa ikhlas kerana Allah.

- Kalau kita rasa kita sedang susah sekarang, percayalah bahawa ada orang yg lebih susah dr kesusahan kita.

- Hormati dan sambutlah tetamu dengan sebaik mungkin walau sekaya atau semiskin mana pun kita. Apa yang penting, tetamu mesti dimuliakn.

- Rajinkanlah diri membaca hal-hal sejarah kerana sejarah membuat kita lebih sedar asal usul kita dan mengingatkan kita supaya tidak mengulangi lagi sejarah yang lalu.

*Cerita Hari ketiga akan bersambung...

Khamis, 25 November 2010

Hello Kampuchea! (Hari 1)

Penunjuk:
WM = Waktu Malaysia
WK = Waktu Kemboja

8.30 malam (WM):
Bertolak dari IPG KTI,JB
Singgah makan di rumah Tuan Haji Sasman. (Sempat bungkus nasi himpit, jambu, puding, karipap, serta air bali).

3.00 pagi (WM):
-Sampai di KLIA.
-Makan bekal.
-Tukar duit kat pengurup wang maybank. Kadar tukaran nilai mata wang terkini, $1 = RM3.20
-Tukar baju, kemas beg, solat subuh
-Check in beg ikut individu dan dapat tiket.
-Semak passport
-Semakan hand luggage, barang elektronik dikeluarkan dari poket baju dan seluar.
-Pintu berlepas H08, bertukar pintu saat akhir ke H06.
-Semakan sekali lagi hand luggage. Cecair lebih 100ml dan senjata tajam tidak dibenarkan untuk dibawa. Tapi kalau mulut yang selalu keluarkan kata-kata tajam dibenarkan.
-Pergi ke departure hall. Isi borang-borang yang patut sblm masuk negara orang.
-Dengar tips untuk penumpang kapal terbang.
-Masa berlepas perlu matikan alatan elektronik, pakai tali pinggang keledar. Kalau rasa macam pekak: telan air liur, makan gula, atau buka mulut seluas yang mungkin.

11.05 pagi (WM), 10.50 pagi(WK):

-Selamat sampai di Cambodian International Airport







-Mendaftar masuk di Golden Stadium HOtel. Kenapa nama hotel ni ada stadium? Sebab kat blkng hotel ini ada sebuah stadium bola sepak yang besar. Boleh dilihat secara terus melalui tingkap hotel.



-Panorama bangunan di sekitar ibu kota Phnom Phen.



2.30 ptg (WM), 1.30 pagi(WK):

Kenderaan yang paling saya jakun ketika mula-mula datang sini adalah kenderaan tuk-tuk.
Lesen untuk memiliki tuk-tuk adalah sebanyak $20. Kebanyakkan tuk-tuk menggunakan motor honda sebagai base kenderaan. *Macam mana lah mereka dapat idea untuk mengubahsuai sebuah motor menjadi tuk-tuk. Hebat juga. Kalau kt kampung guna lembu. Kat bandar guna Honda. Huhu..



Stesen minyak. Di kemboja ada banyak stesen minyak, antaranya adalah Total (gambar di bawah), ptt, Caltex, Tela, dan lain-lain lagi.



Berikut adalah kadar harga minyak mengikut matawang Kemboja, iaitu riel.



-Makan tengahari di Cafe Bubble Tee. Makanan yang memang menepati citarasa orang Malaysia. Kalau tak silap saya, $10 untuk sekali makan. Mahal juga tu. Nasib baik sedap.



3.30 ptg (WM), 2.30 ptg (WK):

-Ke perkampungan Croy Congwap
-10 minit dari hotel
-Membuat ibadah korban sebanyak 2 ekor lembu
-Memberi sumbangan 3 kotak pakaian kepada wakil penduduk kampung iaitu Haji Yusof Bin Idris, Imam masjid Al-Azhar.
-Sesi bergambar
-Menjejakkan kaki di Sungai Mekong.
-Melawat Masjid Al-Azhar Mosque.





Cebisan panorama Sungai Mekong dari perkampungan Croy Congwap.



5.00 ptg (WM), 4.00 ptg (WK):

-Memebeli belah di Central Market Phnom Phen
-Bangunan berwarna kuning ini menjual pelbagai baju, batu permata, kraftangan dan lain-lain lagi.
-Beli sedikit buah tangan untuk adik beradik perempuan.
-Bergambar dengan Abon (Duta Kicap Jalen) yang telah mengikuti rombongan dari IKIM

7.00 ptg (WM), 6.00 ptg (WK):

-Makan malam di Cafe Malaya.
-Makanan sedap dan bercitarasa Malaysia.
-Servis air minuman agak lambat.

9.30 mlm (WM), 8.30 mlm (WK):

-Berjalan kaki bersama roomhotel-mate, Najua menelusuri laluan penjalan kaki di hadapan hotel.
-Berjalan dan terus berjalan sehingga di bulatan jalan.

Papan tanda sebagai salah satu cara mempromosi negara mereka.



Barulah saya faham.. Kenapa jalan raya di Kemboja sangat padat? Kenapa orang bawak motor nampak rilek je? Kenapa orang yang lintas jalan selamba je? Kenapa bila nampak orang lintas jalan..serta merta diorang berhentikan kenderaan? Kenapa dalam sesak-sesak macam tu saya belum nampak lagi kemalangan serius? Jawapannya ada di gambar bawah ni. Rupa-rupanya....



Tak perlu menguasai bahasa mereka untuk memahami maksud gambar ini. Tetapi cukuplah jika kita nampak dan faham apa yang cuba disampaikan melalui simbolnya.

___________________________________________________
Apa yang telah saya lihat dan lalui:

- Jalan raya sentiasa padat. Motor, tuk-tuk, dan kereta saling memenuhi jalan raya.

- Pejalan kaki kelihatan tenang ketika melintasi jalan raya meskipun ada banyak kenderaan.

- Kanak-kanak tidak memakai kasut dan pakaian.Ada juga yang berjalan tanpa seurat benang.Tetapi ada juga yang lengkap berpakaian baju melayu.

- Ada pelancong yang sama2 solat berjemaah di masjid dengan memakai topi koboi dan berseluar pendek (mungkin lelaki ni nampak dah apa keistimewaan solat bagi orang muslim).

- Penduduk Islam masih lagi kurang pendedahan mengenai Islam. COntoh: ketika penyembelihan lembu. Cara mereka menumbangkan lembu agak ganas. Tapi ayah cakap tak apa untuk dia nak guna cara apa sekalipun asalkan disertai dengan niat dan putus kedua2 urat halkum dan urat merih.

-Saya dah menimbulkan satu 'foul' atau satu kesusahan kepada penduduk kampung. Dalam usaha saya mencuba ilmu bahasa kemboja saya, mak cik tu (ada dalam gambar yg duduk sebelah kiri saya) dah salah faham dan terus mencari air sedozen untuk saya minum dari rumah sebelah. Saya tergamam dan serba salah. Saya buat isyarat untuk bayar. Tapi di cakap tak payah (guna bahasa isyarat). Akhirnya saya minum juga dlm rasa yang tak tahu nak kata apa. Nak cerita panjang pun saya jadi segan, tapi rasa bersalah tu sampai sekarang masih bersarang dalam hati.

Pengajaran yang ingin saya kongsikan:

-Bersykurlah kerana kita mendapat peluang kehidupan yang jauh lebih baik.

-Berterima kasih kepada mak ayah kerana membesarkan kita dalam suasana kehidupan yang lebih bertamadun.

-Jangan sekali-kali mencuba atau bereksperimen dengan sesuatu yang anda tidak dapat jangkakan kesudahannya.

-Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

*kisah Hari Kedua akan bersambung...

Khamis, 11 November 2010

Sepi - Yuni Shara

Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam

Woo.. sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam

Sabtu, 6 November 2010

Belajar Bahasa Kemboja-Siri 2

Dengan adanya post kali ni,
korang jangan ingat aku berpaling tadah pulak dari Bahasa Jawa.
Tak adalah macam tu pun
sebab bagi aku..
bahasa adalah unsur yang global (bukan goblok)
di mana semua orang boleh belajar,
semua orang boleh kongsi,
semua orang boleh guna pakai.
apa-apa bahasa pun boleh.

Maka, tanpa berlengah lagi.
Aku telah ke pasar tani Endau untuk belajar bahasa Kemboja secara terus.
Berikut adalah hasil dapatan aku.

Lokasi : Pasar tani, Taman Desa, Endau, Johor
Tarikh : 6 November 2010
Masa : Siang

Aku : Mak cik, ada jual tak skirt panjang? (ayat pancing)
Mak Cik K : Ada kat situ, tapi yang kain lembut saja.
Aku : Oh, ye ke.. Saya cari yang kain keras..(sambil membelek2 baju)
Mak Cik K : Yang ni je ada. Stok baru belum sampai.
Aku : Tak pe la. Mak cik nak tanya sikit boleh? Mak cik orang kemboja kan? Boleh tak saya nak belajar bahasa kemboja dengan mak cik?
Mak Cik K : Mak cik ingat sikit2 je dik.
Aku : Contohnya?
Mak Cik K:

makan = sik bhai
minum = phek tek

Aku : Yang lain?
Mak Cik K : Dah tak ingat lah.Mak cik pindah Malaysia pun masa umur mak cik 5 tahun. Cuba tanya orang kedai sebelah ni. Dia baru datang Malaysia.
Aku : Baiklah, terima kasih.

______________________________________________
Kedai sebelah

Aku : Kak, kat sini ada jual skirt panjang tak? (Dah tau xde tapi saja nak tanya~ayat pancing)
Kak Rohani : Tak ada la dik. Kain batik ada lah.. Nak?
Aku : Erk, x pe lah. Saya carik skirt panjang. Akak, nk tanya sikit. Akak orang kemboja eh?
Kak Rohani : A'ah. Kenapa?
Aku : Boleh tak saya nak belajar bahasa kemboja dengan akak.
Kak Rohani : Oh boleh. Ha, pergi ambil kerusi kt sana tu.


Hasil>>>

Apa khabar? = Sok sek bhai?
Nama saya hidayah = Che'moh khnyom Hidayah
Jemput makan = Nyambai
Saya dari Malaysia = Khnyom nal Malay
Saya nak makan = Khnyom chong nyam
Saya nak minum = Khnyom chong phak tak
Saya nak masak = Khnyom chong selor
Cantiknya! = Sa'at!
Saya suka awak = Khnyom chong chad
Seronok di sini = Sbai nah
Saya nak pergi dulu = Khnyom chong tawpetiah
Terima kasih = Okhunchran


Aku : Ok kak, terima kasih banyak2.. Khnyom chong tawpetiah! Peliknya saya sebut.
Kak Rohani : Ok, Okhunchran.. X lah. Ok dah tu.
Aku : (Yes, lulus!!!)



-Siri Belajar Bahasa Kemboja Siri 2 Tamat-

Isnin, 1 November 2010

IPG, Exam, dan 9 Budaya

Bersesuaian dengan musim peperiksaan, maka aku dengan sukacitanya pada malam ini akan membentangkan hasil dapatan kajian aku melalui:

1) Temubual
2) Pemerhatian
3) Pengalaman
4) Pengetahuan am

Tajuk pembentangan aku adalah :

9 Budaya Siswa Guru IPG khususnya IPG KTI Menjelang Musim Peperiksaan Pada Setiap Tahun.

Sebelum itu, terimalah serangkap pantun teka-teki..

Anak raja bermain kuda,
Malangnya sesat di dalam gua;
Musim peperiksaan sedang melanda,
Apakah persediaan anda semua?


BUDAYA 1:



Pada ketika inilah siswa guru lebih rajin mengkaji Course Pro-Forma mengikut subjek berbanding mengulang kaji kitab-kitab tebal yang dibekalkan oleh pensyarah.

BUDAYA 2:


Kadar kekerapan (f) untuk turun ke padang adalah lebih tinggi berbanding dengan musim-musim lain seperti musim haji dan musim panas.

BUDAYA 3:


Study smart. Bermusyawarah dan membahagikan tugas di antara mereka. Memilih satu waktu yang sesuai untuk berkongsi hasil pembacaan masing-masing. Biasanya ia diadakan pada malam menjelang peperiksaan.

BUDAYA 4:



Mengimarahkan perpustakaan. Bilangannya tidak ramai tetapi jumlahnya tetap ada.

BUDAYA 5:



Mengadakan solat hajat bersempena dengan musim peperiksaan di surau AL-Jawahir.

BUDAYA 6:



Membeli seberapa banyak makanan ringan @ jajan untuk dijadikan bahan kunyahan semasa mengulangkaji. (kenapa tak pakai sireh je ek?)

BUDAYA 7:



Membuat latihan penulisan tangan agar tulisan kelihatan kemas dan mudah dibaca oleh penanda kertas peperiksaan. Contoh latihan: menulis surat, menyalin nota, menghantar surat layang dan lain-lain.

BUDAYA 8:



Mewujudkan hubungan diplomatik (perdamaian) dengan pensyarah. Ilmu sehebat mana pun, kalau x ada keberkatan susah juga kawan.
(*Sweet betul kalau aku bole buat macam ni)

BUDAYA 9:



Memperkukuhkan dan melebarkan sayap hubungan kerjasama antarabangsa dengan IPG-IPG yang lain.


* Kenapa aku pilih nombor 9 untuk 9 budaya? Kenapa bukan 10 budaya?
Jawapan : Sebab aku suka nombor ni lah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath - Anniversary

Suka