Anda pengunjung blog ke :

Rabu, 25 Mac 2009

Mari Belajar Bahasa Jawa - Siri 3

Salam.. Minta maaf byk2...
Kali ni x banyak bhn yang saya dpt paparkan, hanya sekadar sebuah peribahasa jawa sahaja...




"Isuk tempe,


Sore deleh"





Maksud tersurat:
"Pagi tempe,

Petang kacang"

Maksud tersirat:

"Pagi cakap lain,

petang cakap lain"

Huraian:

Seseorang yang tidak berpendirian tetap, suka mungkir janji, cakap x serupa bikin.

*p/s: jauhi sikap seperti dalam peribahasa jawa ini.. x baik utk kesihatan..



~ Ihsan daripada Komuniti Jawa Endau

Kuih Dadar

Bahan:

Lempeng:
  • Tepung-0.5 kg
  • Garam - 1/2 sudu
  • Air
  • Pewarna hijau
Inti:
  • Kelapa
  • gula merah
  • gula timbang
  • sedikit air

Cara-Cara:

  1. Bancuh tepung lempeng hingga cair.
  2. Buat lempeng cr biasa
  3. Masukkan inti dan gulung lempeng.

Kuih Kaswi

Bahan:
Gula merah- dicairkan dan direbus
Tepung- Cap Sauh
Air kapur
Air
Garam
Kalapa Parut

Cara Nak Buat:
  1. Tepung 0.5 kg + Garam 1/2 sudu + air (jadikan larutan yg sgt cair)
  2. Masukkan Air gula merah dan gaul
  3. Masukkan air kapur yg dibancuh air (2 sudu)
  4. Jika tepung berketul, jgn lupa tapis.
  5. Kukus selama 1 jam
  6. Kuih disalut dgn kelapa parut.

*untuk kuantiti kuih yg lebih, gandakan sukatan yg diberikan.

Isnin, 23 Mac 2009

Hari Pertama Aku Di Sekolah.

Lokasi : SK Tanjung Gemok, 26820 Rompin, Pahang
Tarikh : 23 Mac 2009
Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi - 1.15 tgh


Bersedia untuk perhimpunan

Tengok muka budak-budak tu.. Mereka seperti tidak percaya bahawa cuti mereka dah habis... Saya juga berperasaan seperti mereka...

Perhimpunan pagi

Ish3..kesian mereka berpanas pagi ni.. Baik cabut lari naik bangunan depan ni...!
X pe la..bukan selalu berhimpun mcm ni kan...

Di kantin- waktu rehat

Uish..sedapnye tengok korang makan... Tiba2 cikgu teringat la zaman cikgu kecik2 dulu..Heee...

Rabu, 18 Mac 2009

Bedah Siasat - KAGUM 2009



Alhamdulillah..leganya KAGUM 2009 dah settle...

Tahniah kepada semua yang telah melibatkan diri dalam KAGUM samada atlet mahupun urusetia...
Yg x terlibat (cabut blk rumah) pn tahniah gak la sbb x jadi mngsa kes penderaan dan b'jaya lari dari medan jihad.

Ulasan:
  • IPTI berjaya menganjurkan KAGUM 2009 dengan penuh cabaran dan dugaan.
  • KAGUM paling huru -hara yang pernah dilalui...
  • Persiapan yang hanya mengambil masa 3 minggu sahaja...
  • Terdapat pelbagai insiden yg mencemaskan - blackout, siling stadium jatuh,pljr jatuh longkang,banner perasmian yg jatuh)
  • Penginapan para urusetia yg menyedihkan..(ketabahan mereka diKAGUMi saya)
  • Pencapaian atlet yg agak memuaskan dengan 4 gangsa:
  1. Jalan kaki 3000m
  2. Squash wanita
  3. Lumba lari

Apa yg seronok dgn KAGUM??

  • Pertama kali menguruskan acara renang. Byk bljr benda baru dan byk berzikir (hehe)..
  • Dapat 3 helai t-shirt free..(hehe..gumbira!)
  • Dapat banyak pen..
  • Jumpa byk pljr IPGM seluruh mesia..
  • Dapat naik bas dr macam2 IPGM.
  • Kulit muka dah berjaya terbakar sepenuhnya.

Kpd rakan2 yg pernah bertugas di kolam renang: bykkn berzikir dan cover balik diri (maksiat mata) dgn amal2 yg baik..

Kpd JPP ke 44: Good job...Tahniah kerana pndai carik kerja wlwpn xde keje khas utk anda..

Kpd penganjur: Persediaan dan pengurusan pertandingan yang m'banggakan walaupun di saat2 akhir.... Syabas!!!

Selasa, 10 Mac 2009

Poem Written By Me

Yesterday, Today, and Tomorrow..
The day is still in the run of the mill..
Through the life in IPTI,
Dull, stiff, lot of preassure..
I wonder if I can change this situation.
But I am only a tiny part of there.
Nothing can do by me.

I never care,
As long I can still live in happy..
Make my friend happier than me.
When I can do my best,
then IPTI would be the best place for me..

* this poem was created with the unstable mood.. the writer still in the path of learning how to create a good poem.. Sorry for the not too good poem.. Promise to do better after this..

Aku kena TAG lagi...

Khas untuk tatapan Cik Nor dan sape2 la yg nak tengok...

Ni dayah anak pak imam menjawab soklan kamu...

1. Copy Badge “2008 Cute’s Blogger Award” untuk diletakkan di blog anda

Dah letak dah..





2. Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda.





Nama org yang bagi award ntah apa2 ni Norhana..


Dia orang Teriang, Endau..Skrg amek medic kt Indonesia.


Masa kecik2 dulu sy slalu panggil dia ikan pirana sbb dia GARANG...grr..takut..!





3. Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri



  1. Seorang yg kedekut, tamak haloba, pelupa, byk lg la yg negatif...

  2. Baru berjaya menge'pow' kasut sukan baru dari ayahanda yg tercinta.

  3. Tolong org selalu (slogan Pandu Puteri... ;-)) = mudah kena buli.

  4. Banyak projek kt kepala tp sume susah nk dicapai..

  5. Hobi : mengumpul setem..(hik3..geli je)..tukar la.. hobi : mengumpul setem hasil..

  6. Computer addict...

  7. Orang yg jarang menghabiskan masa dgn kwn2 di kampung faktor pengawasan ketat ibu bapa.

  8. Selalu ke kedai bundle, kedai CD, pasar lambak bersama adik beradik.

  9. Seronok membawa anak2 saudara meronda kaw kampung dgn menaiki motor pada waktu pagi @ petang.

  10. Sangat ingin melawat rumah cik Nor di Teriang..tp rumah cik nor sgt jauh..hehe..


4. anda perlu memilih 5 penerima award seterusnya dan menyertakan nama mereka di blog anda.



Sapela yg aku nk pilih ni... hurm.. (masih dalam keadaan tercari2)


Snang cte sape2 yg ada kaitan dgn logo ni bole la buat TAG kerana andalah penerima award yg seterusnya....

Sabtu, 7 Mac 2009

KURSUS MUFFIN

KURSUS PENDEK

Tarikh : 7 Mac 2009
Hari : Sabtu
Masa : 9 pagi- 12 tgh
Tempat : Bangunan Katering & Perhotelan, Kolej Komuniti Rompin
Anjuran: Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat, KKR
Muffin In Da Making...

* resepi masih belum boleh disiarkan kerana penulis masih dlm usaha menukar sukatan bahan drpd gram kepada cawan. Theeehehe...


Peserta kursus yang bersemangat!

Sedia Untuk Dibakar!!


Siap dah!!!
*muffin ni rasa dia sedap..manis x manis sgtla..sesuai la untuk petua 5M....

Bergambar bersama tenaga pengajar kursus.

Ulasan:
Satu pengalaman yang bermakna untuk diri sendiri di masa akan datang..
*Kepada para peserta kursus, jangan lupa beli surat khabar Sinar Harian edisi Pahang pada hari Isnin untuk melihat gambar anda terpampang di sana!

Jumaat, 6 Mac 2009


Ya Rasulullah,

Mengikutmu adalah sunnah..
Mengingatimu adalah ibadah..
Mencontohimu adalah barakah..
Mencintaimu adalah mencintai Allah..

Bantulah kami dalam mencari syafaatmu di akhirat kelak..

Kawan - Ada berapa jenis?



Kawan @ rakan sebaya mmg penting untuk kita meluahkan perasaan supaya lebih lega..

NAMUN, anda harus bijak memilih kawan untuk mencurahkan perasaan dan rahsia..


Kenapa??
  • Supaya x t'jerat di kemudian hari
  • supaya rahsia anda x jadi rahsia umum
  • supaya anda x jadi bahan umpatan

Jenis kawan yang pertama : Kawan karib

  1. Sistem sokongan yang paling kukuh.
  2. Taat setia & sayang anda sbg rakan karib.
  3. Bersungguh membantu & m'pertahankan anda.
  4. Org2 ini sgt diperlukan dlm memulihkan keyakinan anda.
  5. Perteguhkan hubungan dgn mereka melalui kemesraan & keikhlasan.

Jenis kawan yang kedua : Rakan biasa

  1. Kenalan biasa di tempat kerja, jiran, dll.
  2. Boleh menjadi rakan rapat.
  3. Boleh jadi juga tidak mahu terlibat dgn kesusahan anda.
  4. Lebih suka melihat sahaja anda sengsara.
  5. Boleh mengeji dan mengata anda.
  6. Bukan jenis sokongan yang boleh diharapkan. Tetapi....
  7. Anda perlu berbaik2 kerana ada gunanya pada satu masa nanti :-)

Jenis kawan ketiga : Rakan bertempat

  1. Hanya boleh dihubungi dalam keadaan formal & jauh.
  2. Buat baik dengan anda jika perlukan sesuatu dari anda.
  3. Bila hajat dah dipenuhi, mereka akan ASINGKAN diri dari anda dan MENGEJI anda.
  4. Lebih suka mengatakan "padan muka!"
  5. Berbaik2 dgn mereka ttp jauhkan diri dan elak b'kongsi perasaan dan rahsia dgn mereka.

Kesimpulannya??


Bijaklah dlm memilih rakan yang betul supaya dapat menjadi sistem sokongan yang mantap kepada anda. Analisis diri sama ada anda adalah kawan yang #1, #2, @ #3. Pilihan di tangan anda !!! Renung-renungkan dan selamat bersahabat..

~Ihsan dari Biro PRS, JPP 44~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath - Anniversary

Suka